Ayam Masak Butter

Описание к видео Ayam Masak Butter

Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter dengan video versi baru. Video yang baru ni lebih berkualiti dari segi visual dan audio, penerangan pun lebih detail.
Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan tepung berempah, digoreng sampai garing di luar dan lembut di dalam. Ayam ni kalau nak makan macam tu aja pun sedap.
Dan ayam goreng berempah tu kita gaul pula dengan kuah butter bersusu yang cukup lemak dan pedas rasanya.Kombinasi rasa yang cukup menarik.
Bahan-bahan untuk hasilkan ayam masak butter ni pun cukup mudah, hanya dengan beberapa bahan sahaja kita dapat hasilkan masakan yang anak-anak pasti suka.

//Bahasa Melayu
------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk ayam goreng:
3 sudu besar tepung gandun
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu besar serbuk kari
½ sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil lada hitam
1 biji telur
Secubit garam
sedikit air
2 keping dada ayam, hiris kecil

Bahan-bahan untuk kuah butter:
60g /4 sudu besar mentega
½ biji bawang holland atau bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili api merah dan hijau
1 tangkai daun kari
1 tin /400ml susu cair atau susu full cream
1 keping keju cheddar
Sedikit garam

//English
--------------------------------------------------------------
Ingredients for fried chicken:
3 tablespoon plain flour
1 teaspoon cornstarch
½ tablespoon curry powder
½ teaspoon white pepper powder
½ teaspoon black pepper powder
1 egg
½ teaspoon salt
little water
2 slices of chicken breasts

Ingredients for butter gravy:
60g /4 tablespoon butter
½ yellow or red onion
3 cloves of garlic
4 red chillies and green chillies
1 stalk curry leaves
1 can / 400ml evaporated or full cream milk
1 piece cheddar cheese
A little bit of salt

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #ayambutter

Комментарии

Информация по комментариям в разработке