RESEPI Ayam Masak Butter Mudah dan Ringkas | RAHSIA Kuah Sedap Tak Muak!

Описание к видео RESEPI Ayam Masak Butter Mudah dan Ringkas | RAHSIA Kuah Sedap Tak Muak!

Assalamualaikum,hye semua....kalini Dayang nak kongsikan resepi AYAM MASAK BUTTERMILK yang ringkas dan mudah, tapi rasa dia wowwwwww gerenti SEDAP!

Ayam Masak Buttermilk ni adalah isi ayam bahagian dada selalunya dipotong kecil-kecil, disalut tepung tertentu dan digoreng garing, kemudian digaul bersama kuah buttermilk yang pekat dan berlemak. Selalunya isi ayam selalu tak habis makan kan,tapi kalau buat masakan sebegini memang laku keras!

Masakan ni mempunyai elemen rasa lemak manis,masin,pedas dan sesuai dihidangkan sejurus selepas masak panas-panas gitu. Kanak-kanak sangat menggemarinya kerana kuah lemak manisnya,dewasa pun suka juga sebenarnya,kalau order kat kedai boleh tahan mahal harganya....jadi apakata kita masak sendiri,bahan bahan pun mudah didapati, tak pakai banyak bahan pun,jomm tengok video sampai habis untuk lihat cara dan tips masak yang lebih details,terima kasih semua.

Bahan Salutan Ayam Goreng
2 ketul isi dada ayam
1 sb serbuk rempah kari ayam
1 biji telur
3 sb tepung beras
3 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum

Bahan Kuah Buttermilk
1/2 ketul butter
4 tangkai cili akar
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 tin susu sejat @susu cair
1 sb serbuk lada sulah
2 sk garam halus
2 sk gula


TIPS Masakan
1) Guna api kecil semasa cairlan butter supaya butter tak cepat hangus kerana kalau hangit ia akan memberi kesan pahit pada masakan buttermilk ni

#ayammasakbutter #buttermilkchicken #resepidayangsuri #ayamgoreng #ayamgorengcrispy

Sebarang urusan rasmj boleh berhubung dengan Dayang di alamat emel dibawah

💌 [email protected]

Комментарии

Информация по комментариям в разработке