Resepi kuih siput rangup dan lembut versi kampung. Mudah dengan sukatan cawan.

Описание к видео Resepi kuih siput rangup dan lembut versi kampung. Mudah dengan sukatan cawan.

Resepi kuih siput rangup dan lembut versi kampung yang simple . kuih siput resepi rangup dan lembut ni sesuai buat kudap-kudapan. Sebut sahaja kuih siput sudah terbayang rasanya yang sedap penuh perisa dan tekstur yang gebu dan rangup. Manja tunjukan acuan kuih siput yang digunakan dan cara penyediaan yang mudah. Cuti sekolah ni ramai dirumahkan, boleh ajar anak-anak buat resepi kuih siput. Apabila siap nanti simpan dalam bekas kedap udara dan boleh ulang makan bersama keluarga. Selamat mencuba.

Bahan-bahan resepi kuih siput :

Bahan A (kisar)
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering
5 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji telur
1/2 cawan air

Bahan B :
3 cawan tepung gandum
100 gram marjerin
Garam
1/4 cawan santan

Cara-cara :
1) Kisar Bahan A sehingga halus.
2) Gaul sebati Bahan B sehingga menjadi serbuk roti kemudian masukan bahan kisar. Kemudian masukan juga santan.Uli sebati semua bahan sehingga membentuk doh.
3) Gunakan acuan kuih siput dan mula membentuk kuih. ( seperti yang ditunjukan di dalam video).
4) Talam atau bekas kuih siput mestilah ditabur sedikit tepung gandum terlebih dahulu supaya ia tidak melekat.
5) Apabila selesai membentuk kuih, panaskan minyak dan mula menggoreng.
6)Apabila kuih siput hampir masak, taburkan sedikit daun kari dan goreng bersama sehingga kuih siput betul-betul masak. Boleh angkat dan toskan. Apabila sejuk sedikit simpan di dalam bekas kedap udara.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
   / malaykitchen​  

Laman web rasmi MALAY kitchen :
https://malaykitchen.my​

Telegram MALAY kitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Track: Ikson - Coral [Official]
Music provided by Ikson®
Listen:    • #132 Coral (Chill Beat)  

#malaykitchen​ #resepikuihsiput #tradisionalrecipe

Комментарии

Информация по комментариям в разработке