https://darulkautsar.wordpress.com/
Imam Muslim - Riwayat Hidup & Kitab Sahih Muslim
Maulana Asri Yusoff
Kota Bharu
19 Okt 2013
ARTIKEL ASAL - https://onlinehadits.wordpress.com/20...
===================================================
CORETAN RIWAYAT HIDUP IMAM MUSLIM – CORETAN 1
===================================================
Penghimpun dan penyusun hadith kedua terbaik selepas Iman al-Bukhari ialah Imam Muslim. Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Beliau adalah pengarang kitab As-Sahih (terkenal dengan Sahih Muslim) dan seorang ulama’ terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Menurut pendapat yang sahih sebagaimana dikemukakan oleh al-Hakim Abu Abdullah dalam kitabnya ‘Ulama ‘ul-Amsar, beliau dilahirkan di Naisabur pada tahun 206H.
Kehidupan Dan Kembara Imam Muslim Untuk Mencari Ilmu
Beliau belajar hadith sejak usia awal, iaitu mulai tahun 218H. Beliau pergi ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan negara-negara lainnya.
Dalam pengembaraannya Imam Muslim banyak mengunjungi ulama’-ulama’ terkenal untuk belajar hadith dengan mereka. Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih; di Ray beliau berguru dengan Muhammad bin Mahran dan Abu ‘Ansan. Di Iraq beliau belajar hadith dengan Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah; di Hijaz belajar dengan Sa’id bin Mansur dan Abu Mas ‘Abuzar; di Mesir berguru dengan ‘Amr bin Sawad dan Harmalah bin Yahya, dan dengan ulama ahli hadith yang lain.
Imam Muslim berkali-kali mengunjungi Baghdad untuk belajar dengan ulama’-ulama’ ahli hadith, dan kunjungannya yang terakhir ialah pada tahun 259H. Semasa Imam al-Bukhari datang ke Naisabur, Muslim sering datang kepadanya untuk berguru, sebab beliau mengetahui tahap keilmuannya. Ketika terjadi fitnah atau pertelingkahan di antara al-Bukhari dan Az-Zihli, beliau memihak kepada al-Bukhari, sehingga hal ini menjadi sebab terputusnya hubungan dengan Az-Zihli. Muslim dalam Sahihnya maupun dalam kitab lainnya, tidak memasukkan hadith-hadith yang diterima dari Az-Zihli padahal beliau adalah gurunya. Hal serupa juga beliau lakukan terhadap al-Bukhari. Ia tidak meriwayatkan hadith dalam Sahihnya, yang diterimanya dari al-Bukhari, padahal dia pun juga gurunya. Nampaknya pada hemat Muslim, yang lebih baik adalah tidak memasukkan ke dalan Sahihnya hadith-hadith yang diterima dari kedua-dua gurunya itu, tetapi tetap mengakui mereka sebagai guru.
Wafatnya
Imam Muslim wafat pada hari Isnin, 25 Rajab 261H dalam usia 55 tahun dan dikebumikan di kampung Nasr Abad, salah satu daerah di luar Naisabur,
Guru-Gurunya
Selain yang telah disebutkan di atas, Imam Muslim berguru dengan ramai lagi. Antaranya : Usman dan Abu Bakar, putra Abu Syaibah; Syaiban bin Farwakh, Abu Kamil al-Juri, Zuhair bin Harb, Amr an-Naqid, Muhammad bin al-Musanna, Muhammad bin Yassar, Harun bin Sa’id al-Ayli, Qutaibah bin Sa’id dan lain-lain.
Kepakaran Dalam Hadith
Imam al-Bukhari merupakan ulama’ terkemuka di bidang hadith sahih, berpengetahuan luas mengenai ilat-ilat dan seluk-beluk hadith, serta tajam kritiknya, manakala Imam Muslim adalah orang kedua setelah Imam al-Bukhari, baik dalam ilmu dan pengetahuannya mahupun dalam keutamaan dan kedudukannya.
Imam Muslim banyak menerima pujian dan pengiktirafan dari para ulama’ hadith dan juga ulama’ dalam bidang-bidang lain. Al-Khatib al-Baghdadi berkata, “Muslim telah mengikuti jejak al-Bukhari, memperhatikan ilmunya dan menempuh jalan yang dilaluinya”. Kenyataan ini tidak bererti bahawa Muslim hanyalah seorang pengekor. Malah, beiau mempunyai ciri khas dan karakteristik tersendiri dalam menyusun kitab, serta kaedah baru yang belum pernah diperkenalkan orang sebelumnya.
Abu Quraisy al-Hafiz menyatakan bahawa di dunia ini orang yang benar-benar ahli di bidang hadith hanya empat orang; salah seorang di antaranya adalah Imam Muslim (Tazkiratul Huffaz, jilid 2, hal. 150). Maksud perkataan tersebut adalah ahli-ahli hadith terkemuka yang hidup di masa Abu Quraisy, kerana ahli hadith itu amat ramai keseluruhannya.
Karya-Karya Imam Muslim
Imam Muslim meninggalkan hasil tulisan yang tidak sedikit jumlahnya, di antaranya :
• Al-Jami’ as-Shahih (Shahih Muslim).
• Al-Musnadul Kabir (kitab yang menerangkan nama-nama para perawi hadith).
• Kitabul-Asma’ wal-Kuna.
• Kitab al-‘Ilal.
• Kitabul-Aqran.
• Kitabu Su’alatihi Ahmad bin Hambal.
• Kitabul-Intifa’ bi Uhubis-Siba’.
• Kitabul-Muhadramin.
• Kitabu man Laisa lahu illa Rawin Wahid.
• Kitab Auladis-Sahabah.
• Kitab Awhamil-Muhadditsin.
(SAMBUNGAN ARTIKEL DI RUANGAN KOMEN YOUTUBE)
Информация по комментариям в разработке