MAULANA ASRI: JAMAK TANPA MUSAFIR

Описание к видео MAULANA ASRI: JAMAK TANPA MUSAFIR

HADITS NABI SALLALLAHU'ALAYHIWASALLAM MENJAMAKKAN SOLAT ZOHOR DAN ASAR SERTA MAGHRIB DAN ISYA' IALAH HADITS SAHIH.

Menurut al-Imam at-Tirmidhi, semua hadits yang ditulisnya dalam al-Jame' ialah hadits yang digunapakai oleh fuqaha'. Samada kesemua fuqaha' atau sebahagian fuqaha', kecuali 2 hadits.

Pertama: hadits Nabi sallAllahu'alayhiwasallam solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isya' secara jamak, di Madinah, tanpa ada ketakutan perang dan tanpa hujan. Ibn Abbas yang meriwayatkan hadits ini ditanya kenapa Nabi sallAllahu'alayhiwasallam berbuat begitu? Dia menjawab, "kerana tidak mahu menyusahkan umatnya."

Namun begitu, dalam Mazhab Hanafi, mereka berpendapat, hadits ini ialah hadits biasa yang digunakan dalam mazhab Hanafi, kerana Mazhab Hanafi tidak menerima konsep jamak seperti majoriti 3 mazhab yang lain.

Mereka berkata, cara solat jamak ialah yang digelarkan sebagai 'jamak suri', yang kelihatan seperti jamak, tapi sebenarnya tidak.

Hal ini kerana contohnya, solat Zohor dikerjakan dalam waktunya, tapi di penghujung waktu. Selesai sahaja solat Zohor, waktu Asar terus masuk, lalu dikerjakan pula solat Asar.

Jamak hakiki, bagi Hanafi, hanya diamalkan dalam haji sahaja.
Begitu pun, ada juga beberapa ulama' seperti al-Bukhari sendiri yang berpendapat jamak hakiki ini boleh diamalkan oleh setiap individu, namun tidak boleh menjadikannya satu kelaziman yang kerap. Menurut keperluan dan darurat yang diketahui sendiri oleh masing-masing.

____________________________________________
PENTING: Teratak Hadits kini beroperasi sepenuhnya secara maya.
Kami menanggung kos internet untuk kelas Maulana Muhammad Asri Yusoff secara online yang akan diadakan dalam beberapa bulan lagi, juga editing video-video rakaman kuliah, serta video pendek jawapan isu agama.

Bagi yang mahu menyumbang untuk kerja editing secara konsisten, bolehlah berhubung dengan pihak kami:
http://wasap.my/+60139086628/editing_...

Sumbangan Editing Video:
553104586916
DKKL SMART TRADING
Maybank

Комментарии

Информация по комментариям в разработке