Sambal Telur Pecah Yang Simple Tapi Sedap Terangkat!

Описание к видео Sambal Telur Pecah Yang Simple Tapi Sedap Terangkat!

Assalamualaikum, hai semua.

Kali ni Dayang nak kongsikan satu resepi sambal tumis yang sangat simple bahan-bahannya tapi sangat sedap.
Resepi ini Dayang panggil Sambal Telur Pecah.

Resepi ini telurnya kita tak perlu goreng dulu, kita hanya masukkan telur mentah sebiji-sebiji ke dalam sambal tu. Jimat masa memasak kita dan mudah sangat kan...

Lauk ni memang sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja atau belajar,lauk untuk orang bujang atau untuk sesiapa sahaja yang takda idea nak masak apa,dah jemu ayam atau daging,seafood atau malas nak makan kat luar dan just nak makan yang simple bolehla cuba ya...

Betul-betul.ringkas,hanya menggunakan beberapa bahan yang memang sedia ada didapur rumah kita je, apalagi jomm cuba masak sambal tumis yang simple tapi sedap ni😋..sedap sangat kalau makan dengan nasi panas-panas,ulam timun yang rangup.. lepas tu tuang kicap manis kat atas nasi,setel makan tengahari atau malam kita...tak payah banyak lauk sangat😁

Okay,jangan lupa tengok video sampai habis sebab Dayang akan kongsikan banyak tips untuk buat sambal telur pecah yang menarik ni..lepas tu tekan LIKE, SUBSCRIBE DAN SHARE video ni ya,terima kasih semua!

Bahan-bahannya:
3-5 biji telur ayam
3 ulas bawang putih
5 biji bawang besar
1/2 inci belacan
6 sudu makan cili kisar
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula pasir
2 sudu teh garam halus

Selamat mencuba semua..

#sambaltumis #sambaltelur #masakanrumahan #sambalnasilemak

Комментарии

Информация по комментариям в разработке