TART NENAS GEBU dan cara buat jem nenas | pineapple jam tart

Описание к видео TART NENAS GEBU dan cara buat jem nenas | pineapple jam tart

hai semua asssalamualaikum Raya dah dekat jadi harini cik dadida teringin nak makan tart Nenas biskut raya popular kat Malaysia ni jadinya Kita share sekali la resepi tart Nenas gebu dan Cara buat Jem nenas

Acuan tart nenas beli sini : https://t.productlink.io/a0533wv

untuk Jem nenas

3 biji nenas
4 biji Bunga cengkih
1 cawan gula ( kalau nenas masam boleh tambah lebih )

1) kupas kulit nenas sehingga bersih dan basuh dengan air bersih kemudian potong nenas dan kisar dengan 1/2 cawan air masak sehingga hancur dan tapis untuk asingkan jus dan isi nenas , balance nenas kisar dengan jus Nenas kisaran pertama

2) masukkan gula & Bunga cengkih bersama isi nenas Dan masak atas dapur guna api sederhana Dan masak sehingga jem betul-betul kering

3) sejukkan Jem nenas sebelum bentukkan menjadi bulat @ bujur semasa membentukkan sapu minyak pada hujung jari

bahan-bahan untuk biskut tart nenas

250gram buttercup (1 ketul )
3 sudu besar susu pekat Manis
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung kastad
3 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar esen vanilla
1 biji kuning telur
2 sudu besar minyak sapi
sedikit pewarna kuning

1) campurkan butter, kuning telur, susu, esen vanilla serta pewarna kuning kacau sehingga sebati tak perlu sampai kembang

2) masukkan tepung kastad, tepung jagung dan 1 cawan tepung gandum gaul sebati kemudian masukkan baki tepung kacau sehingga adunan tidak melekat pada tangan

untuk sapu atas tart

1 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning

Комментарии

Информация по комментариям в разработке