Tart Nenas Gulung Gebu & Homemade Jem Nenas

Описание к видео Tart Nenas Gulung Gebu & Homemade Jem Nenas

Hi Semua, Assalamualaikum,

Kali ini jom kita tengok cara-cara untuk buat kuih no.1 kegemaran Che Nom iaitu tart nanas. Tart nenas ni ada bnyk jenis, dan biasanya CN akan buat versi tart nanas gulung. Ada 2 bahagian dalam video ni..yg pertama cara untuk sediakan inti atau jem nanas homemade, kita hasilkan inti nanas dari buah fresh, dan kemudian masak sehingga pekat keemasan.

Bahagian kedua, CN akan sediakan tart nenas, dan resepi kali ni adalah upgrade dari resepi pada video Che Nom yang lepas, dan test betul2, sukatan pun lebih tepat dalam cawan dan gram. Hasil nanti kita akan dapat tart nanas yang tak mudah pecah, tekstur yang gebu..dan cair di mulut bila makan…kena pula dengan inti nanas yg masam manis tu, memang terbaik.

Anggaran hasil: 60-70 biji ikut saiz

//Bahasa Melayu
--------------------------------
Bahan-bahan untuk inti nanas:
2 biji nanas
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 cawan gula
½ sudu kecil garam **jika guna mentega unsalted
Tambah lagi 1 cawan gula

Bahan-bahan untuk tart nanas:
250g (1 cawan) mentega
375g (3 cawan) tepung gandum
60g ( ½ cawan) tepung jagung
20g (2 sudu besar) tepung kastad
½ sudu kecil garam
2 kuning telur
2 sudu besar susu pekat
14g (1 sudu besar) gula kastor

Bahan-bahan untuk sapuan telur:
2 kuning telur
2 sudu besar minyak
Sedikit pewarna kuning

//English
---------------------
Ingredients for pineapple jam:
2 pineapples
1 cinnamon stick
2 cloves
2 pandan leaves
1 cup sugar
½ teaspoon salt **if using unsalted butter
Add another 1 cup of sugar

Ingredinets for pineapple tart:
250g (1 cup) butter
375g (3 cups) plain flour
60g (½ cup) cornstarch
20g (2 tablespoon) custard powder
½ teaspoon salt
2 eggyolk
2 tablespoon sweetened condensed milk
14g (1 tablespoon) caster sugar

Ingredinets for eggwash:
2 eggyolk
2 tablespoon oil
Few drops of yellow food coloring

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Комментарии

Информация по комментариям в разработке