road semenanjung bersama 3 sahabat dengan kapcai c70 bulat

Описание к видео road semenanjung bersama 3 sahabat dengan kapcai c70 bulat

Ride santai kali ini abam buat arah utara dahulu.. Jika nak ke arah timur dahulu pun boleh aja.. Ikut citarasa masing2..

Ride hanya bertiga... Dan tanpa transport atau powil yg mengikuti...

Tentatif

HARI PERTAMA :
07.00AM :Dari pasir mas - Banjaran Titiwangsa - Restoran Salim Gerik - gurun - Perlis- alor star
7.00pm :alor star (bermalam)

HARI KEDUA :
07.00AM: dari alor star ke Pulau Pinang -ipoh Perak - Menara Condong, Teluk Intan - selangor
7.00pm: - Kuala Lumpur (Bermalam)

HARI KETIGA :
7.00amDari Kuala Lumpur - N9 - Banda Hilir, Melaka
7.00pm: (Bermalam)

HARI KEEMPAT :
7.00amDari melaka - johor - Kuantan -
7.00pm -(Bermalam)

HARI KELIMA
7.00amDari kuantan-Jambatan Angkat, Kuala Terengganu - pasir putih - 7.00pmSampai Rumah

Tentatif hnyalah ramalan sahaja
Boleh diubah dan berubah mengikut keperluan, keutamaan, cuaca dan qadaq qadar Allah swt...

Tips untuk ride

1. Yang paling utama.. Doa, solat dan tawakal kepada Allah.. Pastikan mental fizikal tiada sebarang bebanan masalah kerana dlm setiap perjalanan itu kita hanya mahukan enjoy & feel the ride.

2. Plan sebaik mungkin bajet,destinasi yg ingin dituju,dimana hendak bermalam.. Dimana hendak camping,(kalau ada rumah member atau sdara mara,itu bonus)

3. Dalam perjalanan tu akan ada hal2 yg membuatkan anda rasa sedikit stress, contohnya waze buat problem, pemandu kereta/motosikal yg gelocoh bawa kenderaan,moto bermasalah, pecah tayar, bocor dan lain2.. anda harus sentiasa peka dengan keadaan semasa di atas jalanraya. Yg penting hati2 👍🏼

4. Pastikan juga rehat & tidur yg cukup,tidur yg cukup adalah segala ubat utk merawat keletihan & rasa mengantuk waktu anda membonceng. Kalau tak tahan,berhentilah mana2 rnr utk rest sekejap sambil pekena segelas kopi atau apa2.

5. Motosikal tu wajib servis. Cek semua, tukar lah apa yg patut anda rasa perlu tukar. Selinder, tayar yg baru, satu set spoket & rantai. Ini adalah hal yg paling penting utk memastikan perjalanan anda lebih yakin & selamat.

6. Sebolehnya,bawa apa2 sparepart utk kegunaan waktu kecemasan etc tayar bocor atau apa2 yg berkaitan....

7.pastikan anda ada ilmu basic penyelenggaraan moto.. Contoh tukar barang api moto, tukar tayar dan sebagainya... Jika anda pomen.. Dikira bonus..

8.pastikan lampu moto anda menyala dengan terang dan wiring dalm keadaan baik.. Sebab perjalanan jauh akan menempuh perjalanan waktu malam...

9.kalau boleh elakkan waktu malam... Sbb moto kecil ni tidak nampak oleh pemandu lori atau kenderaan besar..

10.pastikan minyak hitam moto dalam keadaan mencukupi.. Sediakan minyak petrol spare botol kecil sudah mencukupi

11.pastikan kelajuan pada kadarui pertengahan.. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju... Elakkan full trotle dalam masa yg lama..

ENJOY RIDE SEMENANJUNG MALAYSIA
#roadsemenanjung #ridekapcai #ridesemenanjung #soloride #ridemalaya #ridec70#attackmalaya#jejakmalaya #kapcaimembersmalaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке