[Tinjauan] Isu nasional tak relevan di Sg Bakap? Benarkah dakwaan Rafizi?

Описание к видео [Tinjauan] Isu nasional tak relevan di Sg Bakap? Benarkah dakwaan Rafizi?

Perikatan Nasional menyasarkan isu kos sara hidup dan penyasaran subsidi diesel sebagai peluru kepada Pakatan Harapan di sepanjang dua minggu kempen PRK Sungai Bakap.

Namun Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan seteru mereka itu tidak mempunyai mesej yang jelas serta menyifatkan kempen PN sebagai 'caca merba' kerana menumpukan isu nasional berbanding isu tempatan.

Wartawan KiniTV Seth Akmal turun padang bagi menemui pengundi di Sungai Bakap untuk mendengar sendiri pandangan mereka.

Wartawan: Seth Akmal
Penyunting visual: Khoo Shiyuan

Комментарии

Информация по комментариям в разработке