RETROSPEKTIF : BERKHIDMAT MEMIMPIN UMAT (THEY SERVE TO LEAD) (1966)

Описание к видео RETROSPEKTIF : BERKHIDMAT MEMIMPIN UMAT (THEY SERVE TO LEAD) (1966)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari They Serve to Lead ataupun Berkhidmat Memimpin Umat (1966) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) arahan Lee Meow Seong yang mendokumentasikan mengenai Royal Military College ataupun Maktab Tentera DiRaja (terdahulunya Kolej Tentera Persekutuan) di Sungai Besi pada tahun 1966. Memaparkan bagaimana institusi ini melatih para kadet di kolej dalam bidang ketenteraan yang mencorakkan mereka sebagai bakal pegawai, tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 22 April 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 23 April 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘BERKHIDMAT MEMIMPIN UMAT (THEY SERVE TO LEAD) (1966)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'BERKHIDMAT MEMIMPIN UMAT (THEY SERVE TO LEAD) (1966)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке