RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA 2024 PANDU PUTERI MALAYSIA

Описание к видео RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA 2024 PANDU PUTERI MALAYSIA

RAJA PERMAISURI AGONG RASMIKAN SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Peringatan Sedunia (“World Thinking Day”) Peringkat Kebangsaan 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) hari ini (29 Februari).

Sambutan berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Di dalam titah perasmian Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong bertitah akan kepentingan Persatuan Pandu Puteri menerapkan kesedaran untuk mengekalkan keseimbangan dan kelestarian alam untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

“Sebagai persediaan bagi masa hadapan, perlu dipastikan anak-anak kita terus dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dalam menangani isu-isu semasa selain cabaran yang dialami, serta permasalahan alam sekitar.

“Saya berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia boleh menjadi contoh dalam kepimpinan bagi mengekalkan kelestarian alam agar kita dapat hidup dalam suasana yang sempurna dan mendamaikan,” titah Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofiah, yang juga merupakan Penaung Diraja PPPM.

Turut berangkat menyerikan majlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, yang juga Raja Permaisuri Agong Ke-12 dari tahun 2001 hingga 2006.

Berangkat sama, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, dan DYTM Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Turut hadir pada majlis itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua PPPM; YM Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman, Timbalan Yang Dipertua PPPM dan Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.

#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara

Комментарии

Информация по комментариям в разработке