SULTAN IBRAHIM - RAJA DIHATI BANGSA JOHOR

Описание к видео SULTAN IBRAHIM - RAJA DIHATI BANGSA JOHOR

SULTAN IBRAHIM - RAJA DIHATI BANGSA JOHOR

Rakyat berbilang bangsa di Muar menyambut meriah keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke daerah berkenaan pada 9 Ogos.

Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa dekat dihati Bangsa Johor tiba pada jam 9 pagi sebelum berangkat ke majlis santapan pagi bersama hampir 300 peniaga Jalan Maharani dan Jalan Abdullah.

Mohamad Aniq Kasdan yang mengharumkan nama Malaysia selepas meraih pingat emas pertama pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 tidak dapat melupakan pengalaman bertemu DYMM Sultan Johor.

Anak kelahiran Segamat, Johor itu meraih pingat emas menerusi acara 55 kilogram pada temasya Sukan Komanwel Birmingham, yang berlangsung baru-baru ini.

Badang negara berusia 20 tahun itu turut menerima sumbangan peribadi daripada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Terdahulu, DYMM Sultan Johor berangkat ke majlis ramah-mesra bersama penduduk Labis dan turut menikmati santapan minum petang di Warung Mee Kicap, Kampung Paya Merah.

Sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru, DYMM Sultan Johor turut berkenan merasmikan Rumah Kraf Labis.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке