1,500 MAHASISWA IPTA MERIAHKAN KEMBARA RAMADAN YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DAN IFTAR MAHABBAH IPTA KELANTAN @ UMK 2026, UMK LANCAR DAPUR SISWA MADANI@UMK INISIATIF BANTU KEBAJIKAN PELAJAR
UMK Bachok 2 Mac 2026 I Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir berbuka puasa bersama kira-kira 1,500 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Masjid UMK Bachok, Kelantan.
Beliau yang tiba jam 5.30 petang turut bersama-sama pelajar memasak Gulai Kawah sebagai persediaan untuk menu berbuka puasa yang disediakan dalam talam bersempena Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi dan Iftar Mahabbah IPTA Kelantan @ UMK 2026 yang berlangsung di perkarangan Masjid UMK Bachok.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah.
Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi merupakan program siri jelajah ke kampus universiti dan politeknik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi meninjau pelaksanaan program kebajikan pelajar dan memahami isu yang dihadapi pelajar.
Pada majlis itu, YB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry turut menyempurnakan perasmian Dapur Siswa MADANI @ UMK sebagai inisiatif untuk keperluan makan dan minum harian untuk meringankan beban mahasiswa.
Program dapur siswa ini dapat memperkukuhkan usaha pelaksanaan inisiatif bank makanan di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai langkah membantu mengurangkan beban kos sara hidup pelajar.
Kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi pelaksanaan program dapur siswa di bawah Belanjawan 2026 untuk memperluas inisiatif bank makanan di universiti serta politeknik.
Melalui inisiatif peluncuran dapur siswa ini menjadi pemangkin sokongan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya dalam memenuhi keperluan makan dan minum harian.
Pada majlis itu, YB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry turut menyaksikan penyerahan sumbangan cek cura dari Maybank Islamic Berhad berjumlah RM150,000.00, sumbangan Sijil Simpanan Premium berjumlah RM86,000 daripada Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, RHB Islamic Berhad berjumlah RM 77,925.00, syarikat Zurich Takaful berjumlah RM30,000 dan TM Negeri Kelantan berjumlah RM30,000.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat daripada Yayasan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) berjumlah RM20,000, Yayasan Perkasa Siswa (YPS) berjumlah RM5,000.
Turut berlangsung, majlis penyerahan sumbangan aktiviti Pengkomersialan, Penyelidikan dan Penajaan kepada UMK oleh Aura Biocare Sdn Bhd dan gimik penyerahan mock cheque Pelesenan Cuka Nanas MD2 Premium kepada UMK oleh Syarikat Beeutee Goldlife PLT.
Pada majlis itu, YB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry turut berkongsi aspirasi, pandangan dan harapan dengan pelajar menerusi platform Hiwar Mahabbah Doc.Zam Bersama Mahasiswa yang memberi peluang kepada pelajar mengutarakan padangan terhadap hala tuju pendidikan tinggi negara.
Program ini secara tidak langsung membolehkan kementerian memahami secara langsung keperluan pelajar selain memperkukuh hubungan strategik antara KPT dan institusi pendidikan tinggi.
Sementara itu, Dato’ Prof. Ir.Ts. Dr. Arham berkata, pelaksanaan Dapur Siswa MADANI@UMK yang telah beroperasi sejak Januari 2026 sebagai inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup pelajarnya yang terdiri daripada kelompok B40.
Beliau berkata, penyediaan dapur siswa di enam lokasi di ketiga-tiga kampusnya iaitu di UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli itu bertujuan memastikan pelajar mendapat akses kepada keperluan asas seperti makanan, sekali gus membantu mengurangkan perbelanjaan harian mereka.
Selain pelaksanaan Dapur Siswa MADANI@UMK, pelbagai program kebajikan dan kesejahteraan pelajar turut dilaksanakan antaranya bantuan komputer riba, bank makanan, bantuan musibah, kemudahan rawatan perubatan percuma, pinjaman jangka pendek serta bantuan sewa rumah kepada pelajar asnaf dan pelajar miskin.
“Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 10,000 pelajar serta mampu mengurangkan beban dan tekanan kos sara hidup mahasiswa,” katanya.
Zambry Abd. Kadir
Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK
#OfficialUMK #EntrepreneurshipUniversity
#UMK4u1hati1jiwa #MalaysiaMadani #20tahunUMK #kembararamadankpt #dapursiswamadani
Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.
Kita #BinaLegasiUMK Bersama
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
*Like Facebook Rasmi UMKTV :
/ umktv.umk
*Subscribe Youtube Chanel UMKTV:
/ umktvumk
Информация по комментариям в разработке