TRIVIA | P. RAMLEE | DARI STUDIO JALAN AMPAS KE STUDIO MERDEKA

Описание к видео TRIVIA | P. RAMLEE | DARI STUDIO JALAN AMPAS KE STUDIO MERDEKA

#Channel20sen
Kontrak P. Ramlee dengan Malay Filem Production berakhir pada 31 Mac 1964. P.Ramlee melalui peguam beliau telah menghantar surat kepada majikannya ketika itu untuk tidak menyambung kontrak tersebut.

P. Ramlee akhirnya meninggalkan Studio Jalan Ampas sebaik sahaja filem 3 Abdul selesai penggambarannya.

Setelah menyiapkan filem 3 Abdul dan tidak sempat menonton preview filem tersebut, pada 16 April 1964 P.Ramlee bersama keluarga termasuk Saloma meninggalkan rumahnya di No. 28, Cedar Avenue, Singapura menuju ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Studio Merdeka.

Filem 3 Abdul mula ditayangkan serentak pada 22 April 1964, 6 hari selepas P.Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur.

Selain keluarga P. Ramlee dan Saloma, turut berangkat ialah penyanyi Kamsani dan isterinya seniwati Musalmah serta anak-anak P. Ramlee seperti Nasir, Nora, Betty dan Sazali.

Malam sebelum itu, P. Ramlee dan Saloma diziarahi rakan dan sahabatnya untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka berdua.

Ketika saat hendak berangkat, bintang-bintang filem seperti Sarimah dan suaminya Zulkiflee, Latifah Omar, Roseyatimah, Mariani , Salleh Kamil serta Kassim Masdor berada di sana untuk mengucapkan selamat jalan.

Tepat jam 4.30 petang P. Ramlee dan keluarganya bertolak menaiki kereta dari Cedar Avenue, Singapura ke Kuala Lumpur.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке