TRIVIA | PENUTUPAN STUDIO JALAN AMPAS | KEJATUHAN INDUSTRI FILEM MELAYU

Описание к видео TRIVIA | PENUTUPAN STUDIO JALAN AMPAS | KEJATUHAN INDUSTRI FILEM MELAYU

#Channel20sen

Setiap yang berlaku, pasti ada permulaan. Begitu juga dengan industri perfileman negara yang satu ketika dahulu, pernah mencapai zaman kegemilangan.

Studio Jalan Ampas, menjadi saksi era kegemilangan filem-filem tempatan. Malah, generasi ketika itu ramai yang diangkat menjadi seniman dan seniwati filem Melayu.

Malay Film Productions Ltd. atau MFP, adalah sebuah syarikat dan studio perfileman Melayu yang terletak di Jalan Ampas, Singapura.

Mengikut sejarah dua beradik Runme Shaw dan Run Run Shaw telah bertindak sebagai tokoh utama yang membangunkan penubuhan studio ini.

Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 160 buah filem bermula pada tahun 1947 hinggalah tahun 1967. Menurut rekod, Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers ini telah beroperasi selama 20 tahun sebelum ditutup pada 1967.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке