RETROSPEKTIF : MATA PERMATA (1964)

Описание к видео RETROSPEKTIF : MATA PERMATA (1964)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, FINAS mempersembahkan program Retrospektif Sinema dengan tayangan eksklusif filem klasik 'Mata Permata' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) pada tahun 1964 arahan Osman Haji Shamsuddin. Diadaptasi daripada cerpen ikonik 'The Necklace' karya penulis Perancis abad ke-19, Guy de Maupassant, filem berkisarkan konflik kekeluargaan dan kejiranan akibat harta ini dibintangi Allahyarham Tan Sri S. M Salim, Ismail Bontak, Nurlidar Saidi, Norma Salim, Abu Bakar Ahmad dan ramai lagi.

Jom tonton filem ini secara eksklusif hanya di saluran YouTube FINAS Malaysia pada malam ini, 20 Julai 2021 (Selasa) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘MATA PERMATA (1964)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'MATA PERMATA (1964)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке