RETROSPEKTIF : Kesah Kampung Kita (Sesal Kemudian Kerugian) (1965)

Описание к видео RETROSPEKTIF : Kesah Kampung Kita (Sesal Kemudian Kerugian) (1965)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS terus melestarikan pembangunan khazanah audiovisual warisan negara melalui program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif filem dokumentari klasik, Kesah Kampong Kita: Sesal Kemudian Kerugian (1965) arahan Allahyarham Abdullah Chik. Diterbitkan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) mengenai usaha meningkatkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar melalui pembangunan tanah kerajaan, filem berkonsepkan doku drama ini turut mencipta kejayaan di festival filem antarabangsa dengan mewakili negara di 11th Cork International Film Festival, Ireland (In Competition) dan kemenangan Anugerah Gangsa di Asian and African Film Festival di Tashkent, Soviet Union.

Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran YouTube FINAS Malaysia pada malam ini 6 November 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘Kesah Kampung Kita' (Sesal Kemudian Kerugian) (1965) ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'Kesah Kampung Kita' (Sesal Kemudian Kerugian) (1965) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran YouTube FINAS Malaysia pada malam ini 6 November 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке