Resepi Sup Ayam Mudah - Tips dan Rahsia

Описание к видео Resepi Sup Ayam Mudah - Tips dan Rahsia

Resepi sup ayam yang mudah tanpa sup bunjut atau serbuk rempah sup. Tonton hingga ke akhir video untuk tips dan rahsia sup yang sedap. Selamat mencuba! Resepi Lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi...

* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o


Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah satu resepi sup ayam yang sangat mudah dengan cuma berberapa bahan asas sahaja. Sila tonton ke akhir video untuk tips dan rahsia sup ayam yang sedap. Tanpa berlengah lagi , Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan ialah 1.5kg daging ayam lebih kurang 1 ekor. Ini cukup untuk 8 hidangan. Di sini saya gunakan bahagian sayap dan paha. Bahagian sayap mengandungi gelatin yang akan menghasilkan sup yang lebih enak.

Kta juga perlukan 1 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih, hiris nipis seperti ini. 11 biji buah pelaga, 11 kuntum bunga cengkih dan 1 batang kayu manis. Saya tak gunakan bunga lawang, tapi kalau suka boleh tambah. Saya biasanya gunakan bunga lawang dalam sup daging lembu atau kambing sahaja. Kalau berminat sila tinggalkan komen.

3 biji kentang dan dua batang lobak merah. Potong kecil seperti ini. Sedikit dalun sadri atau celery. Kalau tak ada boleh gantikan dengan daun sup.

Untuk bahan kisar kita perlukan 3 biji bawang merah, 9 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Potong kecil supaya senang dikisar. Untuk kuantiti kecil seperti ini saya kisar dalam hand blender sahaja. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tambahkan 1/2 cawan air. Dan kisar sehingga halus. Tuangkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.

Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Gunakan api yang sederhana supaya tidak hangus. Bila bawang dan bawang putih mula kelihatan garing masukkan kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Ini sahaja rempah yang digunakan selain sedikit lada putih atau lada sulah. Setelah 1-2 minit , masukkan bahan kisar tadi. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Langkah ini sangat penting dalam memasak sup. Kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak masak bahan kisar secukupnya. Biasanya 6-10 minit diperlukan, bergantung kepada kandungan air bahan kisar lagi banyak air lagi lama. Pastikan bawang betul-betul masak. Bahan kisar perlu digaringkan sehingga berwarna seperti ini.

Sekarang masukkan daging ayam. Gaulkan ayam dengan bahan tumisan dengan rata. Dan kuatkan api. Ini akan garingkan sedikit kulit ayam dan menambahkan perisa sup.
Sekarang tambah 6 cawan atau 1.5 liter air. Tambah 2 sudu kecil garam, Kacau! Jangan Tak Kacau! Pastikan api pada tahap maksima untuk didihkan air. Bila air sudah mendidih, Kecilkan api dan renihkan 25 minit. Sekarang masukkan lobak merah dahulu kerana ianya masak lebih perlahan berbanding kentang. Kalau kentang dimasukkan sekali, mungkin terlalu lembik nanti. Kuatkan api. Bila mula mendidih kembali, kecilkan api dan renihkan 15 minit lagi. Untuk sup yang lebih sedap, buangkan keladak yang timbul dipermukaan sup bersama minyak yang berlebihan. Keladak ini dihasilkan daripada sum-sum tulang ayam.

Selepas 15 minit masukkan kentang. Bila kita masukkan bahan kedalam sup, suhu akan turun dengan cepat oleh itu Kuatkan api supaya mendidih kembali. BIla sudah mendidih , kecilkan api.Satu lagi rahsia memasak sup ialah pastikan masak sup dengan api yang kecil kerana ini akan memberikan hasil yang terbaik. Memang lama sedikit tetapi berbaloi bila dah siap. Renihkan 15 minit lagi. Buangkan keladak yang masih ada.

Akhir sekali, tambah 1 sudu kecil serbuk lada putih. Dan akhir sekali tambah daun sadri atau celery, tinggalkan sedikit untuk hiasan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi. Sup ayam siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun sadri dan bawang goreng. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке