Ayam Masak Ros Nasi Kandar Line Clear Penang

Описание к видео Ayam Masak Ros Nasi Kandar Line Clear Penang

Bahan Bahan untuk Ayam Masak Ros
600g Ayam (bertulang)
1sk Serbuk Kunyit
1sk Garam
*perap selama 30 minit

Untuk Bahan Kisar A
40g halia
40g Bawang Putih
20g Cili Kering (direbus)
120g Bawang
* kisarkan semua bahan bahan Ini hingga halus

Bahan Kisar B
120g Tomato
80g Lobak Merah
10g Gajus
* kisarkan semua bahan bahan diatas hingga halus
Bahan Bahan yang selebihnya
200ml minyak masak
1 Kayu Manis
1 Bunga Lawang
4 Bunga Cengkih
4 Buah pelaga
1 helai daun pandan
1 bawang besar holland
1 btg Serai
1sk sebuk jintan putih
1sk serbuk ketumbar
½sk serbuk garam masala
80g Pes tomato dlm tin
80ml Santan kotak
Gula garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Gorengkan ayam yang diperap tadi selama 3 minit atau separuh masak
3. Selepas 3 minit, angkat ayam dan toskan
4. Pakai minyak yang sama, gorengkan rempah 4 sekawan
5. Masukkan 1 biji Bawang yang telah dihiris, goreng hingga perang
6. Masukkan sehelai daun pandan
7. Tuangkan bahan kisar A, tumis hingga pecah minyak
8. Setelah pecah minyak masukkan Bahan Kisar B, masak selama dua minit
9. Masukkan 80g Pes tomato
10. Masukkan ketulan ayam goreng tadi
11. Sebatang Serai yang ditumbuk
12. Masukkan serbuk Jintan putih, serbuk ketumbar dan garam masala
13. Tutupkan kuali dan biarkan masak selama 10 minit, api kecil
14. Selepas 10 minit, buka penutup kuali, tambahkan Santan, gaulkan
15. Tambah gula garam secukup rasa
16. Mereneh selama 10 minit
17. Tutupkan api, Ayam Ros telah siap..

Комментарии

Информация по комментариям в разработке