Resepi apam kampung

Описание к видео Resepi apam kampung

Apam memang sinonim antara kuih kegemaran masyarakat Malaysia. Ia bertekstur gebu, lembut dan rasanya yang sedap. Kali ini kami kongsi resepi apam kampung yang menggunakan 3 bahan sahaja, sangat mudah dan proses memasak yang cepat. Ia sesuai disajikan untuk sarapan atau minum petang.

Bahan-bahan :
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering (1/2 paket yis 11gram)
kelapa parut
garam

Cara - cara :
1. Masukan air suam dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kacau sehingga larut.
2. Masukan pula tepung dan yis kering. Whisk adunan sehingga sebati. Jika adunan terlalu likat, tambahkan air sedikit lagi.
3. Sediakan loyang 6inci yang disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Tuang adunan ke dalam loyang. Apabila pengukus sudah panas, boleh masukan loyang tadi.
5. Kukus dengan api kuat selama 30 minit.
Hasilnya kuih apam bewarna putih bersih yang gebu dan sedap. Hidangkan dengan kelapa parut bergaram, menambahkan lagi keenakan apam kampung ini.

Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
https://www.youtube.com/c/malaykitche...

Laman web rasmi Malaykitchen :
http://malaykitchen.my
Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen
Music: https://www.bensound.com/free-music-f...
License code: QGMLQJYZ1ZJA9RIN

#malaykitchen #apamkampung #resepitraditional #apam

Комментарии

Информация по комментариям в разработке