Resepi Ikan Sardin Tumis

Описание к видео Resepi Ikan Sardin Tumis

Resepi Ikan Sardin Tumis yang lengkap dan senarai bahan-bahan di laman web Nasser's Kitchen : https://nasserskitchen.com




Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks!

SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah ikan sardin tumis. Satu lagi resepi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan untuk orang bujang, para pelajar yang kesuntukan masa. Tonton video ini hingga penghujung untuk mendapatkan tips dan rahsia untuk memasak ikan sardin seperti ini. Jom kita ke dapur!

Untuk resepi ini kita perlukan 1 peket sardin dalam sos tomato. Saya gunakan jenama D'Heritage tapi apa-apa sardin dalam tin pun boleh juga.

Untuk bahan tumisan kita perlukan 1/2 biji bawang merah, 1.5cm halia, 3 ulas bawang putih , 1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah. Kesemua bahan-bahan perlu dihiris seperti ini.

Mula-mula kita perlu asingkan ikan sardin daripada sos tomato. Ikan sardin diasingkan kerana kita akan goreng ikan sardin secara berasingan untuk menggaringkan ikan. Menggoreng ikan akan meningkatkan perisa ikan sardin. Jika kita tidak asingkan sos, suhu minyak tidak akan cukup panas untuk menggaringkan ikan.

Ikan sardin sebenarnya antara ikan yang paling berkhasiat kerana kandungan protein dan calcium yang tinggi. Ikan sardin juga kaya lemak asid omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung.

Toskan seberapa banyak sos tomato yang boleh.

Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan sardin, jangan letakkan terlalu banyak minyak.

Masukkan ikan sardin. Berhati-hati kerana minyak akan merecik kerana masih ada sedikit lagi sos pada ikan. Jika terlalu banyak minyak digunakan kesannya akan lebih ketara. Tutupkan sekejap sementara ikan digoreng, tapi jangan terlalu lama kerana ikan akan menjadi kering dan keras.

Jika masih belum subscribe sila subscribe di YouTube dan tekan butang loceng. Follow dan Facebook dan Instagram dan jangan lupa like, comment dan share. Resepi lengkap dan senarai bahan-bahan ada di laman web Nasser's Kitchen di nasserskitchen.com

Bila ikan dan garing dan berwarna kuning keemasan, balikkan ikan dan garingkan sebelah lagi. Gunakan api yang sederhana sahaja untuk elakkan ikan hangus.

Bila kedua-dua belah ikan telah garing, tolakkan ikan ketepi kuali dan masukkan bahan tumisan , bawang, bawang putih dan halia. Tambahkan sedikit lagi minyak untuk menumis.

Tumis sehingga bawang layu sahaja. Masukkan cili yang telah dihiris.

Sekarang tambah sos tomato yang kita asingkan tadi. Pastikan tak ada yang tertinggal.

Masukkan 2 sudu besar kicap manis. Satu sudu kecip pes asam jawa. Tambahkan sedikit air untuk melarutkan baki pes asam jawa.

Kacau! Jangan tak kacau! Tapi untuk ikan sardin jangan kacau banyak-banyak , takut ikan hancur pula.

Masukkan jus 1 biji limau kasturi. 1 sudu kecil garam atau secukup rasa. Dan 2 sudu kecil gula untuk mengimbangkan perisa masam dari dari sos tomato, asam jawa dan limau kasturi. Gula memainkan peranan bukan sahaja sebahai pemanis tetapi juga sebagai pengimbang rasa. Boleh kurangkan atau tambah ikut cita rasa masing -masing.

Ikan sardin tumis siap. Hidangkan dengan segera bersama nasi panas atau dengan roti bakar.

Ada bermacam-macam lagi resepi di channel ini untuk anda cuba. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке