Sup Ikan Merah - Lain dari yang lain!

Описание к видео Sup Ikan Merah - Lain dari yang lain!

RESEPI lengkap Sup Ikan Merah di laman web Nasser's Kitchen : https://nasserskitchen.com

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sup ikan merah. Satu resepi yang cukup mudah dan cepat untuk disedaikan pada waktu anda kesuntukan masa. Cuma tumis dan rebus ikan sahaja dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit. Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan ialah 500g ikan merah, tapi ada boleh guna apa-apa ikan yang anda suka seperti jenahak, kerapu atau kerisi. Saya suka guna bahagian kepala.

Kita juga perlukan 4 biji bawang merah kecil, 2 ulas bawang putih dan 1 hirisan tebal halia. Bawang merah kecil dan bawang putih perlu dihiris halus seperti ini. Di samping itu sedikit kulit kayu manis, 2 kuntum bunga cengkih dan 2 biji buah pelaga. Ya, kita tidak gunakan banyak bahan tumisan dan rempah ratus dalam resepi ini.Kita mahukan perisa ikan merah yang segar menyerlah dalam sup dan bukannya rempah. Oleh itu , untuk hasil yang terbaik, kita mesti gunakan ikan yang betul-betul segar dari pasar dan elakan ikan frozen atau beku.

Dan akhir sekali sebiji buah tomato dan sedikit daun sup.

Untuk resepi lengkap dan senarai bahan-bahan, sila layari laman web Nasser's Kitchen di nasserskitchen.com

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Masak dalam satu lapisan yang nipis supaya bahan tumisan masak dengan sekata. Gunakan api yang sederhana supaya bahan tumisan tidak hangus.

Bila bawang dah mula layu, masukkan cengkih, buah pelaga dan kayu manis.

Kacau! Jangan tak kacau!

Bila bawang mula berwarna kuning dan garing tambah 750ml atau 3 cawan air. Elakkan bahan tumisan menjadi terlalu garing, kita tidak mahu rasa bawang yang kuat dalam sup kita.

Masaukkan ikan bila air dah mendidih. Gerakkan ikan perlahan-lahan dan tambah 1 sudu kecil garam atau secukup rasa. Ini akan bergantung kepada selera masing-masing.

Tambah potongan buah tomato , kuatkan api dan tutup untuk 5-6 minit bergantung kepada saiz potong ikan. Lagi besar lagi lama.

Kemudian tambah daun sup dan tutup untuk 1 minit lagi.

Padamkan api dan hidangkan dengan segera. Seeloknya kita mahu ikan masak 85%-90% masak apabila kita keluarkan dari periuk kerana ikan akan terus masak walaupun telah dikeluarkan dari periuk. Untuk mendapatkan kemanisan makanan laut kita kena elakkan terlebih masak.

Sup Ikan merah siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi putih.

Sila tekan butang subscribe dan butang loceng di YouTube. Jangan lupa follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam lagi resepi dichannel ini, selamat mencuba!

SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Комментарии

Информация по комментариям в разработке