🔴 GEMPAR!! PUSARA CIK SITI AMINAH @ JALANG DI GALI!

Описание к видео 🔴 GEMPAR!! PUSARA CIK SITI AMINAH @ JALANG DI GALI!

Team sy, Yusri The Yus telah mimpi pada malam maulidur RASUL, Sabtu (9hb Nov 2019). Dia nmpk Cik Siti melambai-lambai ke arahnya. Mimpi pertama tersebut dia abaikan.

Hari ke 2, Ahad (10hb Nov 2019) dia mimpi lagi perkara yg sama berulang. Dia agak curiga seperti ada sesuatu yang ingin diberitahu.

Jadi hari ke 3, Isnin(11hb Nov 2019) kebetulan saya nak explorasi ke Kota Seluyut, jadi dia minta saya singgah ke pusara Cik Siti untuk pastikan apakah sebenarnya maksud yang ingin dia sampaikan dalam mimpi tersebut.

Bila sahaja saya tiba ke pusara Cik Siti, alangkah terperanjatnya saya melihat pusaranya telah di korek dalam setengah meter. Terdapat juga barang menggali seperti cangkul, pengorek dan selipar saiz budak dalam lingkungan 7-8 tahun. Ada juga colok yang di susun sekeliling pusara tersebut.

Batu penanda yang asalnya berada di tengah-tengah pusara juga dialihkan dan terdapat pecahan pada batu tersebut. Bila saya amati situasi ini, saya dapat rasakan pelaku telah menerima padah ketika melakukan perkara tersebut sebab barang-barang mereka itu seperti cangkul terbiar di situ dan saya merasakan mereka bertempiaran lari lintang pukang meninggalkan kawasan pusara ini. Seperti ada sesuatu yang datang menghalang dan halau mereka tapi saya tidak pasti apakah ia. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Rupa-rupanya Cik Siti dalam mimpi sahabat saya tu nak bagi tahu bahawa pusaranya telah di korek untuk kerja-kerja khurafat. Saya amat sedih dan kecewa dengan sikap manusia tak bertanggungjawab tergamak melakukan perkara ini.

Mohon #KerajaanNegeriJohor, #MuziumNegeriJohor dan #MuziumKotaTinggi dapat pelihara pusara bersejarah ini dari di rosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap. Mohon tindakan segera!!

Subhanallah...
_________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #PusaraCikSitiDiGali #SejarahMelayu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке