🔥🔥KUBU TERAKHIR PERTAHANAN TEWAS KERANA PENGKHIANATAN?! | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Описание к видео 🔥🔥KUBU TERAKHIR PERTAHANAN TEWAS KERANA PENGKHIANATAN?! | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Kampung Berohol, Mukim Panchor, Pagoh, Muar di mana terletaknya Kubu Bentayan iaitu pertahanan terakhir Kerajaan Melayu Melaka 1511.

Kami juga amat bersyukur kerana menemui makam pejuang, Panglima Mat Berani ketika merakam sungai Muar ini.
___________________________

KUBU BENTAYAN.
Kampung Brohol merupakan lokasi yang menjadi saksi kisah perjuangan terakhir Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang diketuai Sultan Mahmud Syah, menentang kemaraan penjajah Portugis pada abad ke-16.

Terletak antara Sungai Muar dan Kuala Sungai Pagoh, Kampung Brohol sememangnya lokasi strategik kepada Sultan Mahmud Syah dan angkatan perangnya bukan sahaja sebagai kubu pertahanan, malah sebagai lokasi untuk melancarkan serangan balas terhadap Portugis di Melaka.

Selepas serangan Portugis di Melaka, Sultan Mahmud Syah dan pengikutnya berundur ke Muar. Baginda kemudiannya membina kubu pertahanan pertama di muara sungai Muar yang dikenali sebagai Kubu Bentayan.

Sultan Mahmud Syah dan pengikutnya termasuk seorang panglima handalannya iaitu Panglima Ahmad Berani atau Panglima Mat Berani, turut menjadikan kubu ketiga ini sebagai tempat untuk bertahan.

____________________________

Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.

_________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik



#ExplorasiMisteriMistik #KubuBentayan #CeritaSejarahMelayu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке