RETROSPEKTIF : DARI DESA KE KAMPUS (1987)

Описание к видео RETROSPEKTIF : DARI DESA KE KAMPUS (1987)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif doku-drama 'Dari Desa Ke Kampus' (1987) terbitan Filem Negara Malaysia yang memaparkan kisah seorang anak tani di kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya juga memaparkan kisah hidup seharian dan pengalamannya di kampus dan turut menceritakan sejarah Universiti Malaya ini dan profilnya serta suasana kehidupan para siswa dan siswi di kampus.
Tonton doku-drama ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 23 September 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 24 September 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  
   • RETROSPEKTIF : DARI DESA KE KAMPUS (1...  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem 'DARI DESA KE KAMPUS (1987)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem ''DARI DESA KE KAMPUS (1987)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке