🔥🔥MAKAM SULTAN ABDUL JALIL SHAH IV (SEBENAR) | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Описание к видео 🔥🔥MAKAM SULTAN ABDUL JALIL SHAH IV (SEBENAR) | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Makam Sultan Abdul Jalil Shah IV yang dikatakan terletak di komplek Kampung Marhum, Pekan, Pahang berdasarkan info di internet dan blog-blog.

Explorasi ini bersama Pn.Ita (akak) dan isteri saya menelusuri makam sejarah di negeri Pahang bagi membuktikan kebenaran dan persoalan yang bermain difikiran sesetengah kita yang benar-benar ingin memahami sejarah melayu.

Lokasi makam ini terletak bersebelahan dengan muara Sungai Pahang dan terletak di Kampung Marhum, Pekan.

Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya.
___________________________

🔴SEJARAH TUN HABAB (HABIB)
Kota Tinggi, Johor.

Nama sebenar baginda ialah Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Padang Saujana Johor. Beliau menjadi bendahara
Semasa zaman Sultan Ibrahim Shah I dan jawatannya diteruskan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Baginda
ditabalkan menjadi Sultan Johor ke II selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shai I yang tidak meninggalkan waris.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah yang keempat. Baginda telah memindahkan pusat pemerintahan
Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor pada tahun 1700.

Keturunan Bendahara Tun Habab Abdul Majid ini telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor.

Anakanda baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya berterusan sehingalah ke hari ini.

Tunku Tengah, Puteri Sultan Abdul Jalil Shah IV berkahwin dengan Daeng Perani, putera salah seorang dari anak raja Bugis
lima saudara yang masyhur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.

Tun Abas, putera Sultan Abdul Jalil Shah
IV menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini.

Oleh itu, salah silah keturunan raja-raja dan sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari
Sultan Abdul Jalil Shah IV (Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Seri Maharaja Padang Saujana Johor.

____________________________

Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.

_________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #KgMarhumPekan #SejarahMelayu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке