🔴 MISTERI MISTIK GUNUNG LAMBAK | KLUANG JOHOR

Описание к видео 🔴 MISTERI MISTIK GUNUNG LAMBAK | KLUANG JOHOR

Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Gunung Lambak dimana terletaknya 5 km dari bandar Kluang, Johor.

Tersimpan kisah misteri mistik di sebalik keindahan alam semulajadinya yang tersergam indah di bandar Kluang.

Inilah khazanah berharga yang perlu di pelihara sehingga bila-bila walau mencoretkan pelbagai kisah disini.

Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya.
___________________________

FAKTA GUNUNG LAMBAK
1) Terletak 5 km dari bandar kluang menjadikan gunung lambak antara simbol paling dekat dengan daerah Kluang selain binatang keluang yang menjadikan inspirasi bagi nama bandar/daerah kluang.

2) Gunung lambak terkenal dengan aktiviti rekreasi dan hiking @ jungle trekking bagi peminat alam semulajadi.

3) Tumbuhan flora di sini ada yang memiliki nilai perubatan dan dikatakan ada tongkat ali tumbuh di sekitar gunung lambak ini.

4) Terdapat fauna @ haiwan yang hidup disekitar gunung lambak antara yg terkenal yang jarang ditemui ialah burung enggang. Selain itu ada juga monyet, tupai dan serangga.

5) Gunung Lambak ini mempunyai dua puncak dan mempunyai 2 trek laluan. Ketinggian paling tinggi adalah 510 meter dari paras laut atau 1,673 kaki. Anggaran masa pendakian adalah 40 minit.

6) Ada aliran air sungai dari gunung lambak ek kaki gunung tapi alirannya sangat kecil. Lebih kurang paras buku lali kaki sahaja.

7) Ada kawasan rekreasi yang dibina untuk pengunjung mandi manda bersama keluarga dengan selamat di kaki gunung. Ada harga tiket yang dikenakan. Operasi: 9am – 7pm
Tiket: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3, Warga emas & OKU PERCUMA.

8) Sebelum ini, kawasan rekreasi ini dikendalikan oleh pihak swasta dan sejak 2011, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah mengambil alih urusan penjagaannya dan pengendalian kawasan ini termasuk ‘resort’ yang berada di sini.

9) Menarik disini adalah terdapat titi gantung yang dibina atas lurah anak sungai yang menghubungkan kawasan riadah bawah bukit ke laluan trek pendakian menghala ke gunung.

10) Gunung Lambak juga merupakan salah satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah ini dan cukup popular di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura.

11) Kemudahan disini adalah ruang parkir kenderaan yang luas, taman permainan, surau, chalet, tapak perkelahan dan trek joging.

12) Pada tahun 1969, Gunung Lambak menjadi lokasi pembinaan stesen pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memberi mutu siaran televisyen yang baik bagi penduduk di Kluang namun pada tahun 1983 telah dihentikan dan ditukar ke Gunung Ledang. Sekarang menjadi stesen pemancar bagi sistem telekomunikasi sahaja.

____________________________

Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.

_________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #GunungLambak #Kluang #Johor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке