TERKINI : Misteri 'Batu Terbang' Cetus Kemarahan Penduduk Pangsapuri Seri Intan Ampang!!

Описание к видео TERKINI : Misteri 'Batu Terbang' Cetus Kemarahan Penduduk Pangsapuri Seri Intan Ampang!!

AMPANG – Para penghuni Pangsapuri Taman Seri Intan di sini semakin dihimpit keresahan akibat kerap menerima ancaman dari individu tidak dikenali yang membaling objek keras dari tingkat atas kediaman mereka.

Rata-rata penghuni yang ditemui bimbang insiden yang berlarutan sejak 2012 akan meragut nyawa sekiranya tidak dihenti dan diambil tindakan segera.


Dalam kejadian hari ini empat buah kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di pangsapuri berkenaan rosak teruk akibat dibaling batu bata oleh suspek yang dipercayai orang sama.

Tinjauan MalaysiaGazette dipangsapuri 13 tingkat yang mempunyai 208 unit kediaman itu mendapati, kenderaan penghuni di situ diletak dipetak letak kereta di luar bangunan yang terdedah oleh perbuatan tidak bertanggungjawab oleh individu terbabit.

Ada dalam kalangan penduduk mendakwa pernah nampak objek keras dibaling dari tingkat lapan bangunan pangsapuri namun, kelibat individu terbabit tidak dapat dikenalpasti.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Комментарии

Информация по комментариям в разработке