|

Описание к видео |

Resepi Rempah Sup.

Bahan - bahannya :
Biji Ketumbar : 40gm
Jintan Putih : 20gm
Jintan Manis : 20gm
Kulit Kayu Manis : 10gm
Bunga Lawang : 5gm
Buah Pelaga : 5gm
Lada Hitam 5gm
Lada Putih 5gm

Cara - caranya :

1. Semua rempah diatas hendaklah disangai(goreng tanpa minyak).

2. Sejukkan seketika selepas di sangai dan boleh mula kisarkan bersama sehingga halus(serbuk). -gunakan alat pengisar kering.

3. Selepas di kisar ayakkan dan asingkan rempah yang masih kasar.

4. Ulangi proses ini sehingga semua rempah tersebut menjadi serbuk.

Tips :
1. Jika tak nak sangai boleh keringkan guna oven, suhu dalam 150C dan masa 10 minit. Pintu oven di biar buka sekidit dan semua rempah harus rata dan tidak bertindih.

2.Sebaiknya masa sangai asingkan ikut rempah. Agar rempah kering dengan serata.

Jika nak campurkan sekali pun boleh cuma pastikan rempah di keringkan betul.

3.Untuk jimatkan masa, boleh beli serbuk rempah yang telah siap kisar di pasaran. Harus diingat kemungkinan ada rempah di pasaran yang siap di campur tepung.

** Sentiasa pastikan rempah tidak basah, untuk elakkan berkulat dan memastikan rempah tahan lama.**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке