RUMAH NORDIN AHMAD

Описание к видео RUMAH NORDIN AHMAD

#Channel20sen

*NOTA: RAKAMAN VIDEO INI DIBUAT SEBELUM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Sebuah rumah yang diberi nama 'Rumah Nordin Ahmad' telah diwujudkan di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar Selangor, adalah untuk mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin Ahmad dalam industri perfileman tanah air.

Rumah kayu lama dua tingkat yang mempunyai dua bilik itu dikenali sebagai Rumah Ibu dipilih kerana dikatakan mempunyai ciri hampir sama dengan rumah asal pelakon itu.

Ia dibangunkan dengan kerjasama Kelab Filem dan Muzik Melayu dan pertubuhan Komuniti Rumah Kayu, Sungai Besar, Selangor.

Seniman Nordin Ahmad, anak kelahiran Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang, Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1929. Anak kedua daripada enam beradik ini dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.

Difahamkan rumah asal Nordin Ahmad di Permatang Pasir itu sudah tiada lagi kerana dibeli oleh seseorang yang berminat untuk dijadikan rumah antik di tempat lain dan kini hanya tinggal tapaknya sahaja.

Komuniti di Selangor yang berbesar hati mewujudkan satu tempat sebagai mercu tanda yang boleh kita kenang siapa itu Nordin Ahmad.Kkewujudan rumah tersebut merupakan langkah tepat dalam menghargai seniman hebat seperti Nordin Ahmad.

kewujudan rumah itu secara tidak langsung dapat menaikkan serta memartabatkan kembali nama Nordin Ahmad.

Walaupun rumah ini dijadikan rumah inap desa, dan dalam usaha mendekatkan peminat dengan Nordin Ahmad pengunjung dapat bermalam atau tinggal di sini dengan kemudahan yang serba lengkap.

Ia Juga salah satu lagi produk pelancongan yang mampu menggamit orang luar datang ke desa yang terkenal dengan sawah padi dan pantai.

Menerusi kunjungan orang ramai ke Rumah Nordin Ahmad Secara tidak langsung pengunjung dapat mengenali dengan lebih dekat siapakah Seniman Nordin Ahmad itu.

Rumah ini turut dilengkapi maklumat dan potret daripada koleksi peribadi Nordin Ahmad. Terdapat kira-kira 80 koleksi gambar pelakon berkenaan yang rata-ratanya belum pernah dipertontonkan kepada umum.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке