RUMAH KELAHIRAN TAN SRI P. RAMLEE

Описание к видео RUMAH KELAHIRAN TAN SRI P. RAMLEE

Rumah kelahiran P. Ramlee adalah sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee - dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road di Pulau Pinang.

Teratak ini adalah rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal sebagai penyanyi, pelakon, penggubah lagu dan juga pengarah filem.

Asalnya rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan bapa saudaranya Rejab Husin.

Rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara pada tahun 1991 dengan kos sekitar RM400,000 sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Rumah P.Ramlee ini telah dirasmikan pada tanggal 13 Disember 1991

Barangan yang dipamerkan di rumah termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupan P. Ramlee dan juga barangan kepunyaan keluarganya di Pulau Pinang.

Di teratak kayu inilah P. Ramlee, atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке