TEMPAT KE-3 || UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) || MALAM BUMI KENYALANG 2020

Описание к видео TEMPAT KE-3 || UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) || MALAM BUMI KENYALANG 2020

Tarian Kreasi Baru yang dinamakan ‘Langgi Ngirami Boras Bauh’ membawa maksud ‘Tarian Meraikan Beras Baru’ dalam Bahasa Melayu. Hal ini adalah demikian kerana, tarian ini ditarikan khas untuk mengangkat suasana meraikan beras baru dalam masyarakat Bidayuh pada setiap Hari Gawai. Tarian khas ini adalah sebuah gambaran reaksi dan tingkah laku masyarakat Bidayuh selepas menuai padi. Upacara gawai yang diraikan adalah satu perayaan khas untuk menunjukkan rasa terima kasih terhadap jasa baik pemberian hasil yang sangat lumayan tersebut. Dalam tarian ini, unsur seperti memetik, memijak, membanting, memilih beras, menampi dan pembawaan bekas berasa sangat ditekan dan ditonjol bagi menggambarkan keutuhan masyarakat Bidayuh dalam meraikan beras baru selepas pesta menuai padi.

Anugerah yang mereka perolehi pada malam tersebut ialah:
1. Tempat Ke-3 Malam Bumi Kenyalang 2020

Комментарии

Информация по комментариям в разработке