JOHAN || UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) || MALAM BUMI KENYALANG 2020

Описание к видео JOHAN || UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) || MALAM BUMI KENYALANG 2020

Tarian Kreasi Baru Doras Sangon ini berlandaskan tarian daripada suku kaum Bidayuh yang terdapat di negeri Sarawak. Gerak geri dan kostum yang diolah adalah garapan baru yang menampilkan kegagahan Dari serta keanggunan Dayung dalam persembahan ini. Prop “Tambok” dan “Trindak” yang ditonjolkan dalam tarian ini adalah simbolik kepada aktiviti pertanian yang merupakan sumber rezeki utama masyarakat Bidayuh. Kemeriahan dan kebersamaan dalam karya ini melambangkan kesyukuran atas hasil pertanian yang telah diperolehi.

Antara anugerah yang telah mereka capai pada malam tersebut ialah:
1. Anugerah Penari Lelaki Terbaik
2. Anugerah Busana Terbaik
3. Anugerah Koreografi Terbaik
4. Johan Malam Bumi Kenyalang 2020

Комментарии

Информация по комментариям в разработке