Masjid Tiban Dibina Oleh Bangsa Jin? Sebuah Ungkapan Keindahan Masjid di Kota Malang

Описание к видео Masjid Tiban Dibina Oleh Bangsa Jin? Sebuah Ungkapan Keindahan Masjid di Kota Malang

Betul Ke Masjid Tiban Dibina Dengan Bantuan Jin? Setiap bentuk binaan masjid adalah berbeza-beza termasuk mempunyai keunikan yang tersendiri. Ia termasuk Masjid Tiban yang terletak di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Kenapa masjid ini dikatakan unik?

Difahamkan masjid ini terkenal dengan gelaran Masjid Jin atau Masjid Ajaib kerana dipercayai siap dibina hanya dalam satu malam sahaja. Gelaran tersebut diberikan kerana terkait dengan mitos yang tersebar dalam kalangan masyarakat berkenaan dengan waktu masjid itu siap.

Jadi, apakah kebenaran di sebalik mitos tersebut? Adakah ia hanya sekadar cakap-cakap tanpa bukti yang kukuh atau memiliki kebenaran di sebaliknya? Menurut Kompas, 'Tiban" berasal daripada perkataan "Tiba" yang membawa maksud "jatuh" dalam bahasa Jawa. Berdasarkan mitos, masjid ini diibaratkan seperti jatuh kerana tiba-tiba muncul di tengah-tengah masyarakat.

Berkeluasan lapan hektar, masjid ini pada awalnya merupakan sebuah Sekolah Pondok Salafianh Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah atau disebut Bi Ba'a Fadlrah.

Pada mulanya, lokasi sekolah pondok adalah kompleks kediaman Ayahanda Kiai Ahmad. Sekolah pondok ini kemudiannya mula diasaskan oleh Ayahanda Kiai Ahmad pada tahun 1963.

Keseluruhan proses pembinaan, dari sudut membuat batu-bata, hiasan masjid, hingga membancuh simen dilakukan secara manual oleh pelajar. Disebabkan ia dibina sendiri oleh penghuni sekolah pondok, membuatkan masyarakat setempat tidak melihat sebarang aktiviti pembinaan tersebut.

Masjid Tiban Malang tergolong sebagai masjid yang tersergam indah. Seni bina Masjid Tiban Malang berkonsepkan gabungan seni bina Timur Tengah, India dan Cina.

Gabungan tiga konsep seni bina ini menjadikan rupa bentuknya tidak seperti sebuah masjid. Ruang utama ini mempunyai keluasan 1.5 hektar dan terdapat taman yang luas serta kolam ikan.

Bahagian permukaan dinding masjid dipenuhi dengan warna biru dan putih ditambah sentuhan kaligrafi menjadikan masjid ini tampak indak dan tenang.

Bangunan utamanya mempunyai 10 tingkat dengan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri. Projek pembinaan itu dijalankan secara telus termasuk penggunaan alat tradisional.

"Kalau ada orang kata masjid ini dibina oleh jin, itu tidak benar.

"Sebab bangunan ini adalah Sekolah Pondok Bihaaru Asali Fadlaailir Rahmah Salafiyah (Masjid Tiban) yang dibina dengan kudrat pelajar dan jemaah penduduk setempat," katanya.

Perkara itu dibuktikan menerusi pembiayaan pembinaan Masjid Tiban yang dilakukan sendiri hasil sumbangan jemaah tanpa dana luar, menurut laman Pusat Islam Jakarta.

Sumber: Kompas.com, Detik Travel

Комментарии

Информация по комментариям в разработке