Asyik Dok Teringat 🤤 Lauk KENDURI? JOM Masak KURMA KAMBING Ala-Ala Kenduri | Mutton Korma [ENGLISH]

Описание к видео Asyik Dok Teringat 🤤 Lauk KENDURI? JOM Masak KURMA KAMBING Ala-Ala Kenduri | Mutton Korma [ENGLISH]

KURMA KAMBING
===============
.
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak 'share' macammana nak masak KURMA KAMBING. Kurma kambing ni selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri terutamanya kenduri kahwin dan kenduri aqiqah.
.
Ianya selalunya dihidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi biriani dan nasi putih. Rasanya yang enak, lazat dan lemak dari isi kambing dan rempah ratus yang banyak semasa penyediaannya. Ianya sesuai sangat digandingkan bersama dalca, ayam masak merah dan acar buah.
.
Jom kita tengok bahan-bahan dia untuk masak kurma kambing ini ...
.
Bahan utama
a) 1 kg daging kambing
b) 5 camca besar serbuk kurma
c) 1 camca besar minyak sapi
d) Santan pekat
e) Minyak masak
f) 5 camca besar kas kas

Bahan tumis
a) 2 batang serai
b) 2 helai daun pandan
c) 3 ulas bawang kecil
d) 3 ulas bawang putih
e) Halia
f) 4 sekawan
g) Daun bay

Bahan untuk dikisar
a) 1.5 bawang besar
b) 5 ulas bawang putih
c) Halia
d) 2 camca besar biji badam
e) 5 biji buah keras
f) 1 camca besar lada putih
g) 2 camca besar kelapa parut
h) Daun ketumbar
.
Bahan sampingan
a) 3 biji ubi kentang
b) 1/2 limau nipis
c) 4 biji tomato
d) Cili besar hijau dan merah
e) 2 biji bawang Holland
f) Daun ketumbar
.
.
Jadi, untuk memasak KURMA KAMBING ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara buat kurma kambing ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.
.
.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya
.
.
#cheqna​​​​​
#cheqnastyle
#cheqnaresipi​​
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah​​​​​
#malaysianrecipe​​

Комментарии

Информация по комментариям в разработке