Nahas Helikopter: Upacara pengebumian jenazah Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal

Описание к видео Nahas Helikopter: Upacara pengebumian jenazah Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal

KUALA LUMPUR, 23 Apr – Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin TLDM, 37 yang terkorban dalam nahas 2 helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, selamat dikebumikan.

Allahyarham Wan Rezaudeen selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.50 malam.

Sebelum itu, proses bedah siasat semua mangsa nahas helikopter TLDM terhempas di Lumut selesai jam 2.20 petang.

Lebih 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan hadir di Masjid Salahuddin Al -Ayubbi Taman Melati dan tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir memberikan penghormatan akhir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain.

Khaled turut menyerahkan bendera Malaysia kepada balu mangsa.

Terdahulu, van yang membawa Allahyarham Wan Rezaudeen tiba Masjid Salahuddin Al – Ayubbi Taman Melati untuk solat jenazah selepas bertolak dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Ipoh.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Alia Amalina Noor dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Allahyarham Wan Rezaudeen adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, pagi semalam.

Turut terkorban, Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM dan Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli.

2 pegawai berpangkat Leftenan Komander turut terkorban, masing-masing Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin dan Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.

Selain itu, mangsa yang terkorban ialah mendiang Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Nahas turut mengorbankan 3 penumpang, masing-masing Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna.

Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, Helikopter Operasi Maritim HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) masing-masing dilaporkan berlanggar antara satu sama lain di ruang udara sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut serta mengorbankan 10 mangsa. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #TLDM #nahashelikopter #helikopter #tenteralaut #navypeople #navy #pertahanan #helikopterjatuh #lumut #helicopter #helicoptercrash #fennec #agustawestland

Комментарии

Информация по комментариям в разработке