COLOURS OF MALAYSIA 2024 JKKN MELAKA : RONGGENG ANAK MELAKA - "MANA LAGI ? MELAKA LER..."

Описание к видео COLOURS OF MALAYSIA 2024 JKKN MELAKA : RONGGENG ANAK MELAKA - "MANA LAGI ? MELAKA LER..."

pada tahun 2024, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Melaka sekali lagi menampilkan persembahan Colours of Malaysia dengan konsep tema Ronggeng Anak Melaka - "Mana Lagi ? Melaka Ler..." yang mendukung dan mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024.

Persembahan ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu :

SEGMEN 1 : 'Mana Lagi ? Melaka Ler...'
menampilkan Kumpulan Kesenian JKKN Melaka menari pelbagai tarian berkonsepkan etnik Melaka iaitu tarian Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.

SEGMEN 2 : 'Ronggeng Anak Melaka'
menampilkan penyanyi-penyanyi jemputan anak tempatan Melaka dan Kumpulan Kesenian JKKN Melaka meronggeng dengan penonton di pentas auditorium diiringi dengan live Kombo Irama Emas.

SEGMEN 3 : 'Finale & Cabutan Bertuah'
tarian Joget Cak Kun Cak oleh Kumpulan Kesenian JKKN Melaka dan diakhiri sesi cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa 1 unit syiling perak 10 Dirham kepada penonton bertuah yang sudi meronggeng di pentas.

Terima kasih kerana anda sentiasa menyokong program & acara JKKN Melaka !!

tarikh acara : 29 Jun 2024 (Sabtu)
lokasi : Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka, Ayer Keroh, Melaka

Комментарии

Информация по комментариям в разработке