MELOPONG MULUT 😮 Kalau Ter-miss KUEY TEOW Goreng Udang Cheq Na [July 2021 | ENG sub]

Описание к видео MELOPONG MULUT 😮 Kalau Ter-miss KUEY TEOW Goreng Udang Cheq Na [July 2021 | ENG sub]

KUEY TEOW GORENG UDANG
========================-
.
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak kuey teow goreng udang. Menu ni cukup mudah, cukup senang dan sedap. Goreng goreng ... siappp!!!
.
Menu ni cukup universal kerana ianya disukai oleh semua kaum di Malaysia. Rasanya pedas-pedas, masin ... ditambah pula dengan masam di jeruk cili menyebabkan penggemar kuey teow menambah-nambah. Kuey teow ni sesuai dimakan pada bila-bila masa, terutamanya di waktu malam. Kuey teow ni ada 2 jenis, yang basah dipanggil Char Kuey Teow dan yang kering, dipanggil kuey teow goreng.
.
Jom kita tengok bahan-bahan dia ...
.
Bahan-bahan untuk jeruk cili adalah ...
a) Cili Melaka (Hijau)
b) Garam
c) Gula
d) Cuka
e) Sos ikan
.
Bahan-bahan untuk masak Kuey Teow ...
a) Kuey teow 1 bungkus
b) Serbuk cili
c) Bawang putih
d) Minyak masak
e) Udang
f) Sos cili
g) Sos tomato
h) Sos tiram
i) Sos ikan
j) Tauhu
k) Daun kucai
l) Taugeh
m) Daun bawang
n) Limau kasturi
o) Cili besar
p) Telur 3 biji

.
Jadi, untuk buat menu ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara nak goreng Kuey Teow ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.
.
.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya
.
.
#cheqna​​​​​
#cheqnastyle
#cheqnaresipi​​
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah​​​​​
#malaysianrecipe​​

Комментарии

Информация по комментариям в разработке