Ini ROS 🌹 Bukan Sebarang ROS ... Ini AYAM MASAK ROS Resepi Kenduri Kendara Mari 😋 [ENG sub]

Описание к видео Ini ROS 🌹 Bukan Sebarang ROS ... Ini AYAM MASAK ROS Resepi Kenduri Kendara Mari 😋 [ENG sub]

AYAM MASAK ROS
===============
.
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak 'SHARE' macammana nak masak AYAM MASAK ROS.
.
Ayam masak ros ini cukup popular di UTARA semenanjung terutamanya di Kedah, Perlis dan Penang. Resepi ini selalu dihidangkan semasa kenduri-kendara terutamanya kenduri kahwin. Rasanya yang tak pedas, lemak, dan sedap amat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato, nasi minyak, nasi putih dan nasi briyani.
.
Bahan-bahannya yang amat mudah didapati dan cara memasaknya pula mudah diikuti. Ayam masak ros ini boleh digandingkan dengan acar dan papadom untuk membangkitkan lagi selera makan 😋
.
Jadi, Cheq Na nak 'SHARE' macammana nak masak AYAM MASAK ROS ni cara Cheq Na. Jom kita tengok bahan-bahan dia ...
.
BAHAN UTAMA
a) 1 kg atau seekor ayam
.
BAHAN TUMIS
a) 1 camca besar mentega
b) 1 camca besar minyak sapi
c) Daun pandan
d) Bawang kecil
e) Serai
f) Rempah 4 sekawan
g) Daun Bay
.
BAHAN UNTUK KUAH
a) 3 biji bawang besar
b) Halia
c) 5 ulas bawang putih
d) 1 batang serai
e) 1 biji tomato
f) 15 biji cili
g) 5 biji buah keras
h) 7 biji gajus
i) 1 camca kecil garam
j) 1 camca besar gula merah
k) 2 camca besar sos cili penuh
l) 2 camca besar sos tomato penuh
m) Limau nipis
n) 4 camca besar santan pekat
o) 3 camca besar tomato puri
p) Susu cair
.
Jadi, cara-cara nak masak AYAM MASAK ROS ni dan 'TIMING' nak masukkan itu dan ini, Cheq Na minta uols semua tengoklah video ini sampai habis dan jangan SKIP. Ada tips-tips yang Cheq Na sebutkan masa Cheq Na masak AYAM MASAK ROS ini. Kalau uols skip video ini, ILMU yang Cheq Na nak 'SHARE' tu tak sampai dan resepi jadi tak sedap 🤭😝.
.
Kalau uols semua suka video ni, sila tekan LIKE dan kalau uols tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE. Nanti uols akan dapat notification dari Cheq Na BILA dan MASA Cheq Na nak upload new videos.
.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa tengok video ni dan jumpa di video yang seterusnya.
.
Terima kasih kerana menonton video Cheq Na hang! 🥰😘
.
.
#cheqna​​​​​
#cheqnastyle
#cheqnaresipi​​
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah​​​​​
#malaysianrecipe​​

Комментарии

Информация по комментариям в разработке