Kampung Terpencil Di Pedalaman Johor - Memiliki Keunikannya Tersendiri (January 2023)

Описание к видео Kampung Terpencil Di Pedalaman Johor - Memiliki Keunikannya Tersendiri (January 2023)

Kampung Peta yang dihuni oleh masyarakat etnik Jakun terletak di hulu Sungai Endau bersebelahan dengan Taman Negara Endau-Rompin (Johor). Untuk ke kampung ini ia mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan menggunakan kenderaan dan kenderaan yang paling sesuai ialah pacuan empat roda. Perjalanan ke kampung ini pengunjung perlu melalui jalan ladang dan jalan dalam hutan sejauh lebih kurang enam puluh kilometer dari jalan utama Kahang-Mersing.
Keunikan kampung ini ialah corak kehidupan, budaya dan pantang larang yang diamalkan oleh penghuni kampung ini. Mereka merupakan masyarakat Orang Asli dari etnik Orang Jakun. Mereka adalah salah satu etnik Orang Asli di Malaysia Barat yang keseluruhannya berjumlah 18 etnik. Di Semenanjung Orang Asli di kelompokan kepada tiga kumpulan iaitu Negrito, Senoi dan mMelayu Asli. Setiap kumpulan terdiri dari 6 etnik, Manakala etnik Jakun adalah dari kumpulan Melayu Asli.
Memandangkan Kampung Peta bersebelahan dengan taman negara, corak kehidupan mereka yang selama ini agak kurang diketahui masyarakat luar, kini masyarakat di kampung ini lebih terdedah kepada pengunjung-pengung luar, bukan sahaja pengung tempatan malah luar negara.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке