Baju Raya Hitam - Jabatan Imigresen Malaysia (Iklan Raya)

Описание к видео Baju Raya Hitam - Jabatan Imigresen Malaysia (Iklan Raya)

"Baju Raya Hitam"

Iklan Raya bertajuk "Baju Raya Hitam" ini mengisahkan Pegawai Imigresen yang bertugas berkorban demi Agama, Bangsa & Negara menggalas tanggungjawab menjaga pintu masuk negara yang turut sama bertugas sama seperti badan beruniform yang lain 24 jam sehari, 7 hari seminggu sentiasa menabur bakti dengan motto "Mudah, Cepat & Berintegriti' selaras dengan 6 Strategi Utama yang digariskan oleh Ketua Pengarah Imigresen YBhg. Dato' Mustafa bin Hj. Ibrahim dan hasrat Tan Sri Dr Ali Hamsa "Merakyatkan Perkhidmatan Awam".

Pihak pengurusan tertinggi juga turut menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh warga Jabatan Imigresen Malaysia melalui ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang turut juga disiarkan pada penghujung iklan raya ini.

Selamat bertugas kepada semua warga Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara tidak kira dimana jua anda berada mahupun diluar negara. Anda semua adalah 'Wira Yang Tidak Didendang' tetapi pengorbanan anda semua sanggup berjauhan daripada keluarga bertugas dan berbakti kepada negara adalah amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia
  / imigresen  

Twitter: @KP_JIM   / kp_jim   / @imigresenmy   / imigresenmy  

Instagram: Imigresen
  / imigresen  

YouTube: Imigresen TV    / @imigresentv  

Portal: www.imi.gov.my http://www.imi.gov.my/index.php/ms/la...

Emel: [email protected] (Aduan / Cadangan / Pertanyaan)

Telefon: 03-8000 8000 (1MOCC) / 03-8880 1346 / 1347 / 1348 (Aduan PATI)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке