Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8

Описание к видео Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Hotel Marriot, Putrajaya.

Turut berangkat KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya.

Berangkat sama mengiring, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Bertemakan 'Celebrating Textiles: A Journey', simposium itu dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kraftangan Malaysia serta Institut Kraf Negara (IKN) dan berlangsung selama enam hari bermula semalam (25 September 2022).

Lebih 300 penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari Malaysia, negara-negara anggota ASEAN dan rantau lain menyertai symposium tersebut yang merupakan platform membincangkan serta berkongsi maklumat mengenai isu berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ini.

Sebanyak 19 kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 penceramah dari Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Kanada, Laos, Filipina, Myanmar, Belanda, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Pada majlis perasmian tersebut juga, Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengumumkan penubuhan Persatuan Artisan Diraja Malaysia bagi mengiktiraf karyawan yang berkemahiran dalam ketukangan kraf.

Simposium yang dianjurkan dua tahun sekali ini turut menampilkan pameran tekstil termasuk koleksi tenun peribadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta demonstrasi pembuatan kraf seperti Tenun Pahang Diraja, songket, siambitan Sabah, pua kumbu Sarawak, anyaman mengkuang, ukiran kayu serta jualan pelbagai kraf.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке