PERMAISURI JOHOR BERANGKAT MAJLIS SANTAPAN SEMPENA PERSIDANGAN OB-PS 2023

Описание к видео PERMAISURI JOHOR BERANGKAT MAJLIS SANTAPAN SEMPENA PERSIDANGAN OB-PS 2023

PERMAISURI JOHOR BERANGKAT MAJLIS SANTAPAN SEMPENA PERSIDANGAN OB-PS 2023

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Persidangan Olave Baden-Powell Society (OB-PS) 2023, semalam (15 Oktober).

Majlis berlangsung di Istana Negara, disempurnakan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Berangkat sama ke majlis itu, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan Sultanah.
Turut berangkat mengiringi DYMM Permaisuri Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam, yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.

OB-PS ialah cabang pengumpulan dana bagi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) bagi menggerakkan pembangunan serta memupuk kepimpinan wanita.
Persidangan berlangsung dari 12 hingga 16 Oktober dan disertai lebih 360 peserta dari 17 negara, termasuk Australia, Canada, Nigeria, Korea dan United Kingdom.

#theroyaljohor
#royalpressoffice
#johor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке