Nasi Kerabu and the gang sedap hingga bertambah-tambah makan

Описание к видео Nasi Kerabu and the gang sedap hingga bertambah-tambah makan

JUS TELANG SODA

Rendam 1 gengam bunga telang dgn air panas ~ ambil airnya sahaja yang berwarna biru
air ais cream soda secukupnya
air gula
jus limau nipis

satukan semua bahan dan hidangkan bersama ketulan ais.

SOLOK LADA

BAHAN SOLOK LADA:

100g kelapa parut
3 ekor ikan selayang ~ rebus, ambil isi dan tumbuk kasar
Cili hijau ~ belah buang biji
3 biji bawang merah
1 biji telur
1 sudu kecik lada hitam | ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk semua bahan
gaulkan bersama telur
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
masukkan dalam lada solok yang telah di belah tengah
masukkan dalam periuk yang di alas kubis
letakkan santan pekat
rebus hingga masak

NASI KERABU BIRU

1 gengam bunga telang ~ rendam bersama air panas ambil air biru
1 batang serai ~ ketuk
2 helai daun limau purut ~ buang tengan urat
4 pot beras ~ cuci bersih
air secukupnya untuk memanak nasi

Satukan semua bahan dalam periuk dan tanak atas dapur. Boleh juga guna rice cooker

SAMBAL KELAPA

1 biji kelapa parut
7 ekor ikan selayang ~ rebus, ambil isi dan tumbuk
5 ulas bawang merah ~ di tumbuk
Garam secukup rasa
2 batang serai ~ di ketuk
1 inc halia ~ di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam ~ di tumbuk

satukan semua bahan dalam kuali , goreng hingga masak
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

SAMBAL BUDU KUAH TUMIS

10 cili kering ~ kisar halus
5 ulas bawang merah ~ tumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ tumbuk halus
1/2 inci halia ~ di tumbuk halus
1 cawan santan
3 batang serai ~ di ketuk
2 keping asam keping
1 buku gula melaka atau nise
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar budu

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pecah minyak

SAMBAL AIR LADA

15 tangkai cili padi ~ tumbuk
gula dan garam secukup rasa
cuka makan

tumbuk cili kalau tak nak pedas boleh campur cili merah
perasakan dengan garam , gula dan cuka

ULAM ULAMAN

taugeh
kacang panjang
kubis
daun selom
bunga kantan
daun kesum
kacang boto

hiris semua ulam-ulam nipis
satukan dan gaul rata

IKAN CELUP TEPUNG

ikan selayang yang telah di rebus

2 senduk tepung beras
garam
sedikit kunyit
1 sudu besar air kapur
air secukupnya
1 butir telur

satukan semua bahan
jangan terlalu cair dan terlalu pekat. bila celup sudu ia berbekas
panaskan minyak
celupkan ikan dan goreng hingga garing
angkat dan hidangkan
kak ita celup 2 x maknanya dah goreng angkat celup semula dgn tepung dan goreng semula

selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке