Masak Lemak Siput Sedut dengan Batang Keladi [Snails in Coconut Broth with Yam Stem]

Описание к видео Masak Lemak Siput Sedut dengan Batang Keladi [Snails in Coconut Broth with Yam Stem]

Producer / Visual : Shahrin [ i.g @zzmelayu ]
Director / Visual : Iqmal Mustaffa [ i.g @iqmal666 ]
Chef / Host : Azah Johari [ i.g @chefazah ]
Animator : Leah [ i.g @leah_sams ]

All video content is registered & trademark under copyright of
Senduk Kayu [ 202003240763 ( 003161098-A ) ] . Any illegal reproduction, personal & commercial usage, without permission of this content will result in immediate legal action.

[English subtitles available]

Semasa saya kecil saya tinggal di Kupang Kedah. Saya selalu mengikut arwah Mak mandi di Sungai Kupang sambil mengutip siput di celah celah batu. 50 tahun dulu Sungai Kupang bersih. Sekarang saya rasa lebih selesa membeli siput dari paya bakau kerana Paya Bakau mempunyai ciri istimewa untuk menapis kotoran.


1.1kg siput sedut dibersih dan dipotong hujung badan dan dicelur dengan air panas
2. 9 biji cili padi hijau
3. 3 inchi kunyit hidup
4. 3 batang serai
5. 1/2 kg batang keladi dipotong dan dicelur denga nair panas
6.4 biji buah belimbing buluh
7. Santan pekat dari sebiji kelapa.
8. Garam secukup rasa.

Cara- cara
1.Tumbuk cili padi dan kunyit hidup dengan sedikit garam.
2. Masukkan dalam periuk yang sudah panas, tambah air dan masak dengan api sederhana lebih kurang 25 minit.
3..Masukkan santan biar hingga mendidih.
4. Masukkan siput diikuti keladi,
5. Biar mendidih sekali lagi.
6. Titik serai, rasa jikalau perlu ditambah garam.
7 Tutup api.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке