DASH RESORT Langkawi | Dash Deluxe Garden | Syoknyee pantai depan resort!!

Описание к видео DASH RESORT Langkawi | Dash Deluxe Garden | Syoknyee pantai depan resort!!

Dash Resort Langkawi

Jenis bilik :  Dash Deluxe Garden Room
Check in    :  19 Oktober 2021
Check out  :  21 Oktober 2021
Harga         :  MYR 1,476 
(2 malam termasuk breakfast, no cancellation)
Deposit      :  Tiada Deposit sb dh byr terus di website.
Cukai pelancongan : Rm3/ 1 malam
(Harga dr RM738 hingga RM1000 semalam lebih kurang bergantung pada keadaan semasa)

Booking melalui:
https://www.ri-yazhotels.com

LOBI
👨 Sampai je lobi, kita disambut mesra oleh staff yang ada disitu, dia bagi tag yg telah ditulis nama dan suhu. Beg boleh drop kat lobi dulu.
🏙 Lobi cantik, open air and kalau waktu panas tu mmg rasa terik tp ada kipas, ada sitting area dgn kerusi yang pelbagai bentuk dalam luar blh OOTD.
🍸Welcome drink ice blended limau rasa fresh je tekak time panas2 tu.

Dash Deluxe Garden Room
(The Dash Deluxe GARDEN is 42m2 with a super king bed and 400 thread count cotton linens)

🛋 Ada sedikit ruang tamu dgn meja kopi dan meja mekap.
🛌 Katil king bed selesa untuk kami berempat 2 adult and 2 kids.
Iron and ironboard tersedia di dalam bilik.
🛁 Bathtub di ruang garden luas dan boleh masuk melalui pintu tandas.
💺Balkoni terus mengadap kolam sesuai untuk anak2 senang nk ulang alik tambah2 plak cuaca masa tu tak menentu.
☕Malam2 best duduk minum kopi makan2 diluar sambil tgk kolam warna warni.
Sedap dibuai angin sepoi2 dan sejuk di waktu mlm.

🚽  Amenities semua ada kecuali sikat.  Toilet ada Bidet Spray tu yg penting. Pintu tandas ada kunci tu yg terbaek.

Swimming Pool
🏊🏻‍♀️ Swimming pool dia ada untuk dewasa dan kanak-kanak (area depan bilik), air tak sejuk, suam-suam kuku gitu.

🛻 Parking senang je and free anytime boleh keluar masuk.

BREAKFAST di MYA Restaurant.
Start 7.00am - 10.30am
🏝 Boleh duduk dalam atau luar, view luar menghadap laut.
🥣 Menu yang lain dr hotel2 sblm ni adalah Shakshuka dan Kouign-Amann (Caramelized dough layered with butter and sugar make for a good morning).
🍱 Menu2 lain semua ok sedap. Boleh order banyak kali selagi larat. Menu In room pun ok sedap.

🎈Anniversary deco
Boleh request masa buat booking atau emel je diorg terus.

🛏Makeup room
Boleh request diorg makeup room juga. So boleh tukar tuala baru and minta refill amenities.

✅Overall service mmg terbaek, staff pun baik2.

Info tambahan:
Sekiranya flight kome pagi dan tak sempat breakfast pagi esok nye, boleh inform awal2 minta tapau.

🚗 Dash Resort ni dlm 7 - 10 minit drive ke Pantai Cenang.
ADA Service FOODPANDA  yg masuk ke dalam.
ADA dobi dalam 7 minit dr hotel.

Kena check website /FB diorg utk info terkini,
Aku book melalui direct website sb masa tu murah sikit.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке