Perjalanan hidup

Описание к видео Perjalanan hidup

Kasihan pakcik ni kutip besi. Menangis tengok rumahnya. Kecil sangat. Musim pkp makin penuh besi dan barang terpakai di rumahnya. Semua tak dapat nak jual. Rumahnya teruk. Lagi sedih 2 anaknya tak sekolah. Seorang diri besarkan 2 anak. Tapi dulu muda-muda ada masalah tak daftarkan kedua anaknya. Baik dan hensem anaknya. Sayu melihat anaknya. Saya beli semua besinya. Katanya dalam beberapa ratus. Saya kata abang ambil rm1ribu. Saya nak semua barang ini. Saya bersihkan semuanya panggil backhoe terus. Syukur ada yang boleh datang.

Saya nak bantu hantar dan bayar yuran madrasah anak ini. Ada call madrasah disini yang sudi membantu. Syukur pada Allah. Selepas dah buka nanti boleh hantar.

Saya berbincang dengan ketua kampung, pakcik serta jiran bagaimana nak bantu urusan pendaftaran 2 anak abang ini. Abang ini ic biru. Memang orang sini. Mereka cuba bantu dah lama tapi belum dapat hasil lagi. Kerana ada masalah masa lahir tak urus surat beranak. Kasihan anak-anak itu. Ya Allah tuhanku. Terima kasih semua pihak yang banyak membantu pakcik ini dan anak-anak selama ini.

Bila saya sebut nak bawa anak tu ke sekolah mereka happy sangat. Serius adik berdua tu baik sangat. Kasihan mereka tercicir sekian lama. Betul-betul anak tu nak ke sekolah. Jiran dan keluarga pun sah kan anak pakcik tu. Sayu lak rasa anak ini tiada ic. Tiada surat beranak.

Selepas ni nanti ingat nak minta bantuan Kerajaan, Hospital, Jabatan Pendaftaran untuk kita bantu anak-anak ini. Pohon doakan yer. Anak-anak ini macam anak kita juga.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке