Maulana Asri - Percanggahan Antara Wahdatul Wujud dengan Ajaran Islam

Описание к видео Maulana Asri - Percanggahan Antara Wahdatul Wujud dengan Ajaran Islam

𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐇𝐃𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍: Sejauh manakah percanggahan antara kepercayaan Wahdatul Wujud dengan ajaran Islam?

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐏𝐀𝐍:

Kepercayaan Wahdatul Wujud mempunyai percanggahan yang ketara dengan ajaran Islam, kerana fahaman ini meyakini bahawa yang wujudnya hanyalah Allah, manakala sekalian makhluk diumpakan seperti bayang atau pantulan imej bagi Allah di cermin. Maka, mereka berpendapat bahawa manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sekalian makhluk pada hakikatnya adalah Tuhan.

Sedangkan dalam Islam, kita meyakini bahawa Allah adalah al-Khaliq iaitu pencipta sekalian alam dan segala ciptaan-Nya itu adalah makhluk-Nya; bukan bayang-bayang atau pantulan imej bagi Allah.

Natijahnya, mereka menolak kewajipan solat dan segala macam ibadat kerana menganggap diri mereka sebagai Tuhan, sehingga tidak ada keperluan untuk beribadah kepada diri sendiri – wal’iyazu billah.

Dalam dunia Islam, fahaman Wahdatul Wujud mula dipopularkan oleh al-Hallaj sehingga dia dihukum bunuh dengan kesepakatan seluruh ‘ulamak pada zamannya. Lalu, ia dihidupkan sekali lagi oleh Ibn ‘Arabi yang sangat disanjung oleh Kaum Sufi sehingga ke hari ini.

Di India, kepercayaan ini menjadi tunggak bagi Tareqat Brelvi sehingga mereka berani mendakwa secara terbuka bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Allah yang turun dari ‘Arasy – wal’iyazu billah.

Adapun di Malaysia, antara individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ajaran ini kepada masyarakat ialah Haji Ahmad Laksamana bin Omar melaluinya bukunya, “𝐇𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧” yang telah difatwakan sebagai sesat oleh beberapa Majlis Fatwa Negeri di Malaysia dan diharamkan penyebarannya kepada masyarakat.

Antara hujah yang digunakannya ialah firman Allah s.w.t.:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: 𝘐𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘮𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘴𝘪𝘣𝘢𝘩, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢, “𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖-𝙉𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞.”

[Surah al-Baqarah (2) : 156]

Lalu, dia menyelewengkan maksud ayat ini dengan berkata bahawa kononnya, ia adalah dalil bahawa kita semua adalah sebahagian daripada Allah dan akan kembali bersatu dengan-Nya.

Sesungguhnya, fahaman Wahdatul Wujud sememangnya bercanggah dengan ‘aqidah Islam. Maka, barangsiapa yang beriman dengannya, dia telah terkeluar daripada Islam dan menjadi kafir.

Namun begitu, kepercayaan ini harus dibezakan dengan Wahdatusy Syuhud (yang kadang-kala turut disebut sebagai Wahdatul Wujud) iaitu perasaan sentiasa mengingati Allah apabila memamdang mana-mana makhluk. Pada dasarnya, fahaman Wahdatusy Syuhud ini tidak salah.

Wallahu a’lam.

---

𝐏𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍: https://www.galerimaulana.com/blog/pe...

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎:    • Maulana Asri - Percanggahan Antara Wa...  

𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇: https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке