Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai

Описание к видео Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai

Kali ini kita lihat satu resepi istimewa iaitu Resepi Nasi Ayam, yang dah lama dikongsikan di website Che Nom iaitu iresipi.com lebih kurang 5 tahun dulu dan mendapat feedback yang sangat bagus. Ada juga yang gunakan resepi ini untuk berniaga.
Prosesnya ada 5 bahagian iaitu penyediaan air rebusan ayam dan perapan, penyediaan nasi, penyedia sos dan kicap, penyediaan sup, penyediaan ayam goreng madu dan yang akhir sekali adalah penyediaan sayur-sayuran. Hidangan adalah anggaran untuk 1 ekor ayam.
-------------------------------------------------------------
Bahan perap :
2 sudu besar sos tiram
Bahan tumbuk halus
1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap cair

Bahan untuk nasi ayam:
1/2 senduk mentega
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 batang serai
3 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan ayam
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan untuk sos:
6-8 biji cili merah
6 biji cili api
Bahan tumbuk halus
2 sudu besar cuka
Garam
Gula
Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk kicap:
air lebihan perapan ayam
1 mangkuk kecil kicap manis
Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Lebihan air rebusan ayam
Tulang ayam (jika suka)
Karot
Kentang
1 biji bawang besar yg dikisar
1 sup bunjut
1 sudu kecil lada putih
Garam
Gula
Daun sup
Daun bawang

Bahan bahan untuk goreng ayam:
Minyak untuk menggoreng
Ayam yang diperap
Sedikit madu

Bahan-bahan untuk hiasan:
Tomato
Timun
Salad
Daun sup
Daun bawang

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Комментарии

Информация по комментариям в разработке